Persembahan Silat Cekak Hanafi di Kejohanan Sukan Sekolah Menengah Hamid Khan, Tapah, Perak, penuh bersemangat.

Tapah, 11 April 2018 – Selesai sudah demo Silat Cekak Hanafi untuk Hari Kejohanan Sukan Sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Hamid Khan, Tapah, Perak yang dibarisi oleh peserta-peserta Kejohanan Wajadiri Nasional 2018 hasil gabungan dari SMK Hamid Khan, Tapah, dan SMK Bidor, Bidor, Perak.

Dimaklumkan juga pesilat yang membuat persembahan tersebut adalah terdiri daripada pasukan yang akan memberikan saingan bagi Peringkat Sekolah di Kejohanan Wajadiri Nasional 2018, Gambang, Pahang pada 20-21 April 2018 ini.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang berusaha menjayakan demo ini khususnya kepada Guru Penasihat Silat Cekak Hanafi SMK Hamid Khan iaitu Encik Anuar, Penyelia Silat Cekak Hanafi SMK Hamid Khan iaitu En. Mohamad Nazri Mohamad Esa, barisan jurulatih-jurulatih dan sekalung penghargaan kepada Tuan Yang Di-Pertua Silat Cekak Hanafi Cawangan Negeri Perak iaitu En. Khusaini Bin Sahari atas nasihat dan peluang yang diberikan.

Perasmian Hari Kejohanan tersebut telah disempurnakan oleh Datuk Seri M.Saravanan, Timbalan Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Parlimen Tapah . Beliau juga sempat membuat ucapan semangat khas kepada Kontinjen Silat Cekak Hanafi Cawangan Perak yang bakal bertanding di Kejohanan Wajadiri Nasional Silat Cekak Hanafi kali ke-21 di Pahang.

Tahniah Silat Cekak Hanafi Cawangan Perak. Semoga terus maju dan mekar Silat Cekak Hanafi di tanah bumi Perak.

Berminat untuk pelajari Silat Cekak Hanafi di Tapah, Perak? Klik DISINI.

#SMKHamidKhan
#SMKBidor
#SilatCekakHanafiPerak
#SilatCekakHanafi
#SayaSilatCekakHanafi