Salam Takziah Kepada Keluarga dan Sahabat Allahyarham Muhammad Afiq Bin Mohd Zinal

Assalamualaikum Warga Cekak Hanafi.

Al-Fatihah buat jurulatih SMK Syeikh Abdul Ghani Bidor, Muhammad Afiq Bin Mohd Zinal yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi akibat kemalangan jalan raya.

Arwah Muhammad Afiq seorang yang aktif dalam Silat Cekak Hanafi di SMK Bidor, Perak. Difahamkan arwah masih sempat mengajar di kelas Bidor semalam. Arwah amatlah rapat di hati warga Cekak Hanafi khususnya di Perak.

Dikesempatan ini, pihak Persatuan mengucapkan salam takziah kepada Ibunda, Ayahanda, dan keluarga Arwah Muhammad Afiq, sahabat handai, serta kenalan-kenalan arwah.

Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang beriman.

~Al-Fatihah~

241total visits,2visits today