Bangi – 8 April 2018
Seramai 106 peserta daripada hampir keseluruhan kelas di seluruh Selangor telah bersama-sama menyertai latihan berpusat Kejohanan Wajadiri Nasional kali ke-21 di sini hari ini. Program yang telah berlangsung di SMK Jalan 3 Bangi dianjurkan oleh Cawangan Selangor. Cawangan Negeri Sembilan juga tidak ketinggalan untuk turut serta dalam program kali ini.
Antara kelas silat yang terlibat adalah seperti berikut :-
1) Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS)
2) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
3) Universiti Putra Malaysia (UPM)
4) Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 3
5) Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kosas, Ampang
6) Pusat Latihan Bandar Baru Bangi
7) Kelas Latihan Taman Pulai Impian, Seremban, Negeri Sembilan
Antara objektif utama latihan wajadiri berpusat ini adalah bagi mempersiapkan diri para peserta wajadiri untuk Kejohanan Wajadiri Nasional akan datang agar menepati ciri-ciri dan kehendak kejohanan dari segi keaslian dan persembahan. Dalam pada itu juga, En Raemy Md Zain, YDP Cawangan mengambil kesempatan melancarkan “Sehati Selangor” sempena kejohanan kali ini bagi menyemarakkan lagi kehangatan Wajadiri edisi kali ini.
Turut hadir adalah 7 orang panel yang juga merupakan juri bagi kejohanan Silat Cekak Hanafi. Penilaian secara terperinci dibuat oleh para panel yang dijemput hadir . Panel penilaian yang tersebut adalah En. Kamaruzaman, En. Raemy, En. Roslan Zairi, En. Ramli Rawi, En. Norzaika, En. Azwan Yunos, dan YM Tengku Azlina. “Syabas kepada Cawangan Selangor atas inisiatif mengadakan program seperti ini disamping dapat mengeratkan lagi ukhwah ahli-ahli Silat Cekak Hanafi khususnya sekitar Selangor” kata En Kamaruzaman.
#silatcekakhanafi
#roadtowajadiri21
#latihamwajadiriberpusat
#schcawanganselangor