SMK Astana, Kuantan, Bangkit Semula!

Bukit Kuin Satu, Kuantan – 7 April 2018 : Alhamdulillah selesai sudah Program Bangkit Semula yang telah diadakan di SMK Astana, Kuantan, Pahang Darul Makmur yang berlangsung dengan penuh meriah dan jaya.

Program Bangkit Semula ini merupakan program Teknik Pembelajaran Berkesan dimana objektif utamanya memberi motivasi dan melahirkan pelajar yang berusaha dalam mencapai kecemerlangan akademik.

Program ini telah mendapat perhatian Jabatan Pendidikan Negeri Pahang berikutan keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang cemerlang bagi tahun 2017 yang dicapai oleh pelajar-pelajar SMK Astana hasil program yang sama dilaksanakan pada tahun 2017.

Oleh yang demikian, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang menyokong dan meminta pihak sekolah yang diketuai oleh Tn Haji Hishamudin bin Haji Ibrahim yang juga merupakan Penyelia Kelas Silat Cekak Hanafi SMK Astana untuk melaksanakan program ini bagi tahun 2018.

Seramai 61 orang peserta yang terdiri dari para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajarab Malaysia (SPM) dan STPM pada tahun ini.

Seramai 4 orang Ahli Mesyuarat Kebangsaan sesi 2018/2021 iaitu En Nor Azlan Shah bin Abdull Gafforr, En Azmi bin Ibrahim, Dr Ikhwan Syafiq bin Mohd Noor dan En Che Muhd Lutfi bin Che Yusof telah dijemput oleh pihak sekolah sebagai fasilitator untuk menyampaikan motivasi dan menjalankan modul Teknik Pembelajaran Berkesan.

Diharap program seperti ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.

#bangkitsemula
#smkastana
#silatcekakhanafi