Latihan Wajadiri Berpusat Anjuran SMK Astana, Kuantan, Pahang

Bukit Kuin Satu, Kuantan – 8 April 2018 : Telah diadakan Latihan Wajadiri Berpusat Anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan Astana hari ini.

Hampir 50 orang ahli Silat Cekak Hanafi yang juga merupakan peserta Kejohanan Wajadiri Silat Cekak Hanafi kali ke-21 telah berkumpul dan bersama-sama membuat latihan disini.

Antara kelas yang menyertai latihan berpusat tersebut adalah SMK Astana itu sendiri dan juga peserta dari kelas silat Universiti Islam Antarabangsa Kampus Kuantan.

Walaupun hanya dua kelas yang menyertai Latihan Berpusat tersebut, namun semangat dan kemeriahan Wajadiri ini tetap dapat dirasa.

Objektif latihan berpusat ini adalah sebagai persediaan bagi memantapkan prestasi peserta Kejohanan Wajadiri kali ini seterusnya memberikan saingan yang hebat kepada pasukan lain yang bertandang ke negeri Pahang Darul Makmur, memandangkan Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Cawangan Pahang merupakan Tuan Rumah bagi Kejohanan Wajadiri pada tahun ini.

Turut menghadiri program ini adalah Pengetua dan juga Guru Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan Astana.

#latihanberpusat
#kejohananwajadirinasional
#silatcekakhanafi
#hogohpahanghogoh