Forum Pemikiran Hanafi Berlangsung Penuh Imbauan Nostalgia

Kuala Lumpur – 8 April 2018 : Telah berlangsung Forum Pemikiran Hanafi anjuran Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Universiti Malaya disini hari ini.

Tiga (3) panelis yang tidak asing di dalam dunia persilatan Silat Cekak telah dijemput iaitu Tuan Hj. Amruddin bin Hj. Buang (Penasihat Silat Cekak Hanafi), Dato’ Hj. Md Nasir bin Md Arshad (Penasihat Silat Cekak Hanafi) dan Tuan Hj. Shafiei bin Abdul Latif (Ahli Lembaga Pelajaran dan Tatatertib Silat Cekak Hanafi). Namun begitu, dukacitanya Dato’ Hj. Md Nasir bin Md Arshad tidak dapat menghadirkan diri atas sebab faktor kesihatan diri yang tidak mengizinkan.

Forum berjalan dengan baik, lancar dan penuh meriah. Walaupun hanya 2 penalis bagi forum kali ini, namun banyak pengisian yang disampaikan menjadikan masa amat mencemburui forum ini.

Pendekatan Forum Pemikiran Hanafi ini telah menjadi satu wadah pada ahli baru bahkan masyarakat secara umumnya untuk memahami seni Silat Cekak yang telah dibawa oleh Al-Marhum Ustaz Hanafi Haji Ahmad.

Silat yang merupakan lambang keaslian kaum Melayu seharusnya kekal dengan keasliannya dan tidak bercampur dengan unsur-unsur tahyul dan khurafat.

Tambahan pula, setiap perkara yang kita lakukan harus bersandarkan pada Allah swt. Semangat dan jiwa besar Al-Marhum Ustaz Hanafi Haji Ahmad yang ingin membina dan meningkatkan kualiti bangsa supaya mempunyai mutu yang tinggi melalui nilai persilatan yang baik harus dicontohi oleh masyarakat.

Tahniah diucapkan kepada tuan rumah atas penganjuran forum seperti ini.

#forumpemikiranhanafi
#silatcekakhanafi
#schum
#3penalis