Taman Shamelin Perkasa, 7 April 2018 – Kursus Jurulatih Tahap 2 telah berlangsung dengan jayanya di Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur (KUPTMKL) semalam.
Kursus yang berbentuk pemahaman berkaitan pengisian dan pembelajaran Silat Cekak Hanafi itu telah dihadiri hampir seramai 50 orang Jurulatih Tahap 2 (JT2).
Antara objektif kursus tersebut adalah bagi meningkatkan tahap profesionalisme jurulatih serta memberi kemahiran teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Penceramah yang dijemput adalah dikalangan ‘otai lama‘ di dalam dunia persilatan Silat Cekak. Antaranya Tuan Haji Amruddin bin Hj Buang, Tuan Haji Shafiei bin Abdul Latif dan juga Encik Kamaruzaman bin Ahmad.
Kursus berjalan dengan lancar dan baik dengan adanya tempat yang selesa dan kondusif yang disediakan pihak KUPTMKL. Terima kasih diucapkan kepada pihak KUPTMKL.
Penyampaian sijil penyertaan kepada peserta-peserta kursus yang terlibat disempurnakan oleh Tuan Haji Amruddin bin Hj Buang selaku Penasihat Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia.
Harapan persatuan agar kursus seperti ini dapat meningkatkan lagi pemahaman berkaitan keseluruhan proses pembelajaran Silat Cekak Hanafi di kalangan JT2 seiring dengan slogan Peneraju Warisan Mutlak.
#silatcekakhanafi
#kursusjurulatihtahap2
#schkuptmkl
#penerajuwarisanmutlak