Kelab Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UIAM Dijemput Sebagai Tetamu Khas Oleh Radio IIUM.FM

Gombak, 3 April 2018 – Kelab Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UIAM, Kampus Gombak, dijemput dan ditemubual khas di IIUM.FM hari ini.

Saudara Muhammad Nazrin bin Najadi dan Saudari Nur Diyana binti Juhari yang masing-masing memegang jawatan Presiden dan Naib Presiden Kelab Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UIAM ditemubual oleh DJ Alin dan DJ Fazz, yang bersiaran langsung di www.ustream.tv/channel/iiumfm2 .

Temubual hampir 1 jam itu banyak menumpukan topik mengapa pentingnya seni mempertahankan diri dipelajari oleh golongan wanita dan mengapa silat menjadi pilihan yang terbaik.

Harapan mereka hasil temubual ini sedikit sebanyak dapat menimbulkan kesedaran di kalangan pelajar wanita di UIA khususnya,dan golongan wanita amnya; untuk mula mengambil langkah bijak mencari dan mempelajari seni mempertahankan diri disamping dapat menyihatkan tubuh badan.

Sekiranya berminat untuk menyertai kelas Silat Cekak Hanafi UIA Gombak, bolehlah berhubung terus kepada kami melalui laman web ini.

#SilatCekakHanafi
#OnAir
#SilatCekakHanafiLive
#PengambilanAhliBaru
#schiiumg