Persembahan Silat Cekak Hanafi di Program Bual Bicara Jenayah Syariah, UMT

Kuala Terengganu, 31 Mac 2018 – Persembahan Silat Cekak Hanafi secara tidak langsung menyampaikan mesej pentingnya mahasiswa mempunyai jatidiri bagi menangani kemungkaran di program “Syariah Criminal Talk” tersebut.

Antara objektif program adalah untuk memberi kesedaran tentang bahaya dan padah jenayah syariah serta memperkenalkan aplikasi terbaru iaitu Apps JHEAT modul E-Maksiat untuk membendung perbuatan yang menyalahi syarak.

Seramai 12 orang ahli Silat Cekak Hanafi hasil gabungan ahli daripada kelas silat UnisZa dan kelas silat UMT sendiri telah bersama-sama membuat persembahan tersebut.

Tahniah diucapkan dan semoga Silat Cekak Hanafi terus maju di bumi Terengganu.

#silatcekakhanafi

#UMT&UnisZa