Persembahan Silat Cekak Hanafi di Hari Terbuka IPB

Maluri, 31 Mac 2018 – Sempena jemputan Hari Terbuka Institut Profesional Baitulmal (IPB), seramai 11 orang ahli Silat Cekak Hanafi telah terlibat dalam membuat persembahan.

Persembahan bersemangat Silat Cekak Hanafi hasil gabungan ahli-ahli daripada kelas silat IPB, kelas silat Institut Kemahiran MARA Kuala Lumpur (IKM KL) dan kelas silat Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UniKL MFI) telah menggamatkan suasana Hari Terbuka tersebut.

Sedutan video persembahan boleh ditonton di sini :-   

Sehubungan dengan Hari Terbuka IPB, Kelab Silat Cekak Hanafi IPB juga diberi peluang untuk membuka kaunter pengambilan ahli baru bagi pelajar-pelajar IPB yang berminat.

Sekiranya berminat, bolehlah berhubung terus dengan kami bagi menyertai kelas Silat Cekak Hanafi di IPB.

#SilatCekakHanafi
#HariTerbukaIPB
#PengambilanAhliBaru