Laman Sesawang Baru Silat Cekak Hanafi Selamat Dilancarkan

Kg Datuk Keramat, 31 Mac 2018 – Laman sesawang Silat Cekak Hanafi yang baru selamat dilancarkan di sini hari ini.

Majlis Pelancaran dibuat secara sederhana bersama Majlis Sambutan Isra’ Mikraj di bawah kelolaan Jawatankuasa Tetap (JKT) Keagamaan dan Kebajikan.

Pelancaran laman sesawang baru tersebut (cekakhanafi.com) selamat disempurnakan oleh Penaung merangkap Guru Utama, YM Encik Marwi Bin Latiff dan diiringi Presiden Silat Cekak Hanafi, Encik Nor Azlan Shah Bin Abdull Gaffoor.

Dengan adanya laman sesawang baru ini, disuntik dengan nafas baru, semangat yang baru, diharapkan dapat memudahkan orang ramai mencari maklumat berkaitan Silat Cekak Hanafi, seterusnya merapatkan ahli-ahli Silat Cekak Hanafi dengan berita-berita semasa Silat Cekak Hanafi seMalaysia.

#LamanSesawangBaru

#cekakhanafi.com

#SayaSilatCekakHanafi

2total visits,1visits today