Timbul Kesedaran Peserta Kursus Pra Kesihatan dan Kesejahteraan (Pra-KK)

Kg Datuk Keramat, 25 Mac 2018 – 34 ahli Silat Cekak Hanafi dari pelbagai kelas dan cawangan telah menghadiri Kursus Kesihatan dan Kesejahteraan (Pra-KK) disini hari ini.

Kursus Pra-KK ini dijalankan bagi menimbulkan kesedaran tentang pentingnya menjaga kesihatan di kalangan ahli-ahli Silat Cekak Hanafi samada lelaki mahupun wanita, terutamanya kepada mereka yang bakal dan sudahpun berumah tangga.

Kursus Kesihatan dan Kesejahteraan (KK) terbahagi kepada tiga peringkat iaitu :-
i) Kursus Pra-Kesihatan dan Kesejahteraan (terbuka)
ii) Kursus Kesihatan dan Kesejahteraan-2 (jemputan)
iii) Kursus Pasca-Kesihatan dan Kesejahteraan (jemputan)

Keistimewaan Kursus Kesihatan dan Kesejahteraan ini ialah petua-petua yang disampaikan kepada peserta-peserta adalah petua-petua yang diwarisi dari Almarhum Ustah Hanafi Hj Ahmad. Dan petua-petua ini disampaikan oleh Yang Mulia Guru Utama, Encik Marwi bin Latiff sendiri.

Tahniah kepada semua peserta dan selamat berusaha mengamalkan senaman dan petua yang telah dipelajari.