Bukit Saga, 18 Mac 2018 – Seramai 29 orang #pendaki Silat Cekak Hanafi berjaya menawan Bukit Saga dan Bukit Apek pada hari ini.
Pendaftaran ahli-ahli #pendaki Silat Cekak Hanafi yang terlibat dibuat di Ibu Pejabat Silat Cekak Hanafi, Lorong Kiri 1, Datok Keramat, pada jam 7.00 pagi. Sarapan ringan dan kemudiannya bertolak ke tapak trek permulaan di kaki Bukit Apek.
Pendakian dimulakan dari Bukit Apek ke Bukit Saga dan seterusnya ke Air Terjun Sungai Putih.
Kumpulan #pendaki Silat Cekak Hanafi turun semula dan tiba di kaki bukit sekitar jam 4.00 petang.
Program mendaki ini di bawah kelolaan Jawatankuasa Kebudayaan, Sukan dan Rekreasi (KSR). Objektifnya adalah untuk menarik perhatian dan minat ahli-ahli Silat Cekak Hanafi untuk melalukan aktiviti sihat bersama. Selain itu program seperti ini jugak dapat menggalakkan ahli-ahli menyertai program-program anjuran Peringkat Pusat, Peringkat Cawangan, mahupun Peringkat IPT.
Menawan Bukit Apek dan Bukit Saga ini juga adalah sebagai satu persediaan awal dalam misi untuk menawan Gunung Kinabalu pada tahun 2020, serentak dengan perayaan 55 tahun Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia.
Tahniah kepada semua #Pendaki SCH!