(Akan Datang) Kursus Jurulatih Tahap 2 Silat Cekak Hanafi

KURSUS JURULATIH TAHAP 2 SILAT CEKAK HANAFI

Assalamualaikum w.b.t.

Kepada Jurulatih Tahap 2 yang telah ditauliahkan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Silat Cekak Hanafi 2018, anda dijemput menghadiri Kursus Jurulatih Tahap 2. Butiran kursus adalah seperti berikut :-

Tarikh : 7 April 2018
Masa :9.00 pg – 6.00 ptg
Tempat : Kolej Universiti Poly Tech Mara Kuala Lumpur
Yuran : Percuma (Makanan disediakan)

Peserta kursus hendaklah berpakaian kemas. Hanya peserta kursus berdaftar dan hadir sahaja akan menerima Sijil Kursus Jurulatih Tahap 2.

Penyertaan bagi Jurulatih yang pernah menghadiri Kursus Jurulatih Tahap 2 Silat Cekak Hanafi adalah tertakluk pada kekosongan tempat.
Bayaran Pendaftaran bagi Jurulatih yang pernah menghadiri kursus adalah hanya RM10.00.

Capaian pendaftaran Kursus Jurulatih Tahap 2 Silat Cekak Hanafi adalah seperti berikut:
kursus.cekakhanafi.com

Jurulatih hendaklah membuat pendaftaran sebelum 3 April 2018.

Sebarang pertanyaan berkaitan Kursus Jurulatih ini, bolehlah berhubung terus Saudara Akid (018-2727789) atau Saudari Yuslila (017-2403137).

Harap Maklum. Sekian Terima Kasih

Urusetia Unit Kursus
Akademi Silat Cekak Hanafi