Majlis Interaksi bersama MMK dan Pelancaran Baju Korporat berlangsung meriah

Dato’ Keramat, 11 Mac 2018 – Majlis Interaksi ahli-ahli Silat Cekak Hanafi bersama ahli-ahli baru Majlis Mesyuarat Kebangsaan (MMK) bagi sesi 2018-2021 berlangsung meriah di sini. Turut hadir bersama ke program ini adalah dua Penasihat persatuan iaitu Tuan Haji Amruddin bin Haji Buang dan juga Dato’ Haji Mad Nasir bin Mad Arshad, dan juga Presiden sendiri, Encik Nor Azlan Shah bin Abdull Gaffoor.

 

Pada majlis yang sama juga, Presiden Silat Cekak Hanafi juga telah melancarkan baju korporat Silat Cekak Hanafi yang baru sebagai tanda satu nafas baru bagi pergerakan Silat Cekak Hanafi ini.

Majlis diserikan lagi dengan persembahan Silat Cekak Hanafi  yang terdiri daripada 8 orang ahli. Sesi taklimat ringkas daripada Jawatan Kuasa Tetap Silat Cekak Hanafi kepada ahli-ahli telah dibuat pada majlis yang sama dan penyerahan sijil penghargaan kepada MMK sesi 2015-2018 sebagai acara kemuncak majlis tersebut.

Walaupun hanya hampir 80 orang ahli Silat Cekak Hanafi yang hadir, namun semangat untuk meneruskan pusaka warisan bangsa ini tetap dirasai dan semangat yang sama akan dibawa ke kelas-kelas latihan Silat Cekak Hanafi di seluruh Malaysia.

#bangkitbersama

#sayasilatcekakhanafi