Tips Pencegahan Jenayah dan Persembahan Silat Cekak Hanafi di Ekspo Muafakat Kedah 2018

Alor Setar : Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (Silat Cekak Hanafi) telah dijemput untuk menyampaikan Tips Pencegahan Jenayah dan Persembahan Silat Cekak Hanafi di Ekspo Muafakat Kedah yang diadakan di sekitar Stadium Darul Aman, Kedah, pada 2 Mac 2018 baru-baru ini.

Seramai 15 orang ahli Silat Cekak Hanafi dari Ibu Pejabat Kuala Lumpur, 3 orang ahli Silat Cekak Hanafi dari Cawangan Negeri Johor dan 4 orang ahli Silat Cekak Hanafi dari Cawangan Negeri Kedah yang telah bersama-sama menjayakan persembahan Silat Cekak Hanafi pada hari tersebut.

Yang Di-Pertua Cawangan Negeri Kedah, Encik Rozaiman Bin Abdul Rahman, menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat atas semangat dan usaha sama yang dibuat. Beliau juga menyatakan hasrat untuk terus menggerakkan Silat Cekak Hanafi dengan lebih semangat  dan tersusun di bumi bertuah, tanah lahirnya Silat Cekak Hanafi. Dengan adanya persembahan Silat Cekak Hanafi di Ekspo Kedah ini, seiring dengan usaha Cawangan Kedah untuk mempromosikan dan membuka kelas Silat Cekak Hanafi di Alor Setar, Kedah.

Semoga kembali berkembang dan mekar Silat Cekak Hanafi di Negeri Kedah Darul Aman.

#bangkitbersama
#sayasilatcekakhanafi
#ekspomuafakatkedah

143total visits,1visits today