AKADEMI SILAT CEKAK HANAFI MALAYSIA (ASCH)

Akademi Silat Cekak Hanafi (ASCH) ditubuhkan pada 26 Disember 2013 adalah bermatlamatkan,  pada dasarnya, untuk membantu pergerakan Silat Cekak Hanafi untuk meningkatkan martabat matapelajaran  Silat Cekak agar setara dan diterima sebagai sebuah badan akademik Negara.

Selain itu ASCH juga merupakan jentera sokongan yang bertindak sebagai Setiausaha Kerja Lembaga Pelajaran dan Tatatertib yang bertujuan meringankan tanggungjawab Setiausaha Lembaga Pelajaran dan Tatatertib khususnya di mana sebuah jawatankuasa atas nama “Jawatankuasa Pengurusan ASCH” telah dibentuk untuk tujuan tersebut, dengan fokus utamanya ialah kepada:

  • Sumber Manusia dan
  • Latihan dan Kursus-kursus kepada tenaga pengajar dan juga penuntut silat cekak bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran silat cekak dan menerapkan nilai-nilai murni kepada para penuntut agar tenaga pengajar dan para penuntut mendapat kemahiran bersilat dan juga kemahiran-kemahiran lain mengikut panduan yang telah ditetapkan oleh Persatuan iaitu: (i) Bercakap benar; (ii) Amanah; (iii)Jujur; (iv) Ikhlas; (v) Tunai janji; (vi) Tepati masa; dan (vii) Saling menghormati dan kemahiran-kemahiran seperti: (i) kemahiran bersilat; (ii) kemahiran berorganisasi; (iii) kemahiran pengurusan (diri, masa,etc); (iv) kemahiran komunikasi; (v) kemahiran perundingan; (vi) kemahiran merancang; dan (vii) kemahiran sosial;

Adalah diharap agar sistem pembelajaran Silat Cekak dapat diperhalusi dan pendekatan dapat dipelbagaikan dengan memperkenalkan produk silat cekak yang dipakejkan dengan produk lain agar lebih komersil dan kreatif bagi mendekati pelbagai golongan masyarakat daripada peringkat pelajar sekolah/IPT, sektor kerajaan mahupun sektor swasta selain dapat menjana sumber kewangan kepada Akademi khususnya dan Persatuan amnya.

Hingga kini, ASCH telah melaksanakan Latihan dan Kursus-kursus berikut :

  • Kursus Jurulatih Tahap 1, Tahap 2 dan Tahap 3:

bagi melengkapkan para jurulatih dengan maklumat berkaitan pentadbiran Persatuan, LPT, Akademi serta fungsi badan tersebut, fungsi dan keperluan ijazah serta persoalan yang perlu dihadapi dari penuntut SC dan cara matapelajaran SC diberikan termasuk kemasan buah-buah silat;

  • Kursus Kesihatan (pra KK) :

senaman yang diperolehi dari Ustaz Hanafi Hj Ahmad yang diajarkan untuk manfaat kesihatan para ahli;

  • Kursus Rumah Tangga Bahagia :

memberi pendedahan kepada ahli berkaitan kehidupan rumah tangga dan tips seperti yang diperolehi dan diamalkan oleh Ust Hanafi Hj Ahmad;

  • Kursus Cegah Jenayah :

kursus berbentuk korporat juga dilaksanakan oleh ASCH seperti Kursus Cegah Jenayah yang telah dijalankan kepada pihak luar, contohnya, kepada para pegawai MARA, pegawai2 Audit Negara, para pegawai Agrobank sebagai salah satu cara memperkenalkan Silat Cekak secara tidak langsung kepada masyarakat umum di samping keprihatinan Silat Cekak Hanafi dalam membantu masyarakat kepada cara menangani perlakuan jenayah dari pihak yang tidak bertanggungjawab.

Selain itu, Kursus Cegah Jenayah juga dilaksanakan dalam bentuk majlis penerangan yang diberi nafaz baru kepada para ahli dan bakal ahli bagi menarik minta untuk mempelajari Silat Cekak.

  • Kursus Penjurian :

Mengadakan kursus yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti ahli yang dilantik sebagai juri untuk Ujian Sijil Rendah Persilatan dan Pertandingan Wajadiri Nasional yang diadakan pada setiap tahun.

  • Latihan Lading :

Melaksanakan sesi latihan dan senaman berkaitan kemahiran penggunaan senjara rasmi Silat Cekak ini kepada para ahli yang dianugerahi parang lading.

  • Ujian Sijil Rendah Persilatan & Sijil Menengah Persilatan:

Menyediakan sistem ujian yang telah dikemaskinikan bagi menguji para ahli yang telah tamat mata pelajaran Silat Cekak dari sudut teori dan praktikal.

Tugasan lain yang dilaksanakan oleh ASCH adalah seperti berikut :

(a) Anugerah Parang Lading :

Menyediakan standard prosedur dan mengenalpasti para ahli baik lelaki mahupun perempuan yang komited dalam perjuangan persatuan yang layak dianugerahi Parang Lading. Anugerah ini juga diberikan kepada tokoh masyarakat yang layak yang telah diputuskan oleh LPT.

(b) Anugerah Wali Jantan :

Menyediakan prosedur standad serta mengenalpasti para ahli yang komited dalam perjuangan persatuan yang layak dianugerahi Wali Jantan (Lelaki sahaja).

(c) Skim Tenaga Pengajar Professional (“TPP”):

Lembaga Pelajaran dan Tatatertib (LPT) telah memutuskan untuk membuka peluang dan menawarkan kepada para ahli yang berminat untuk berkhidmat di bawah Skim TPP. LPT juga telah memutuskan bahawa Skim TPP diletakkan di bawah seliaan ASCH sebagai badan pelaksana.

Pada peringkat permulaan ini, Skim TPP ini terbuka kepada peringkat pembukaan kelas-kelas silat di sekolah-sekolah sahaja dan di peringkat IPT pula akan menyusul dalam masa yang sesuai nanti.

Justeru, untuk para penyelia di sekolah-sekolah adalah secara automatik diwajibkan untuk menyertai Skim TPP ini.

STRUKTUR ORGANISASI
AKADEMI SILAT CEKAK HANAFI

LEMBAGA PELAJARAN DAN TATATERTIB
(PEMBUAT POLISI)

SETIAUSAHA LEMBAGA PELAJARAN DAN TATATERTIB
(EN NORHAIBY SHARIF)

AKADEMI SILAT CEKAK HANAFI MALAYSIA
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
(En Mohd Rais bin Abu Noh)

Senarai Jawatankuasa Pengurusan ASCH (“JPASCH”)

  1. Eksekutif Sumber Manusia – En Amri Mhd Nor Zori
  2. Eksekutif Pentadbiran – Mohd Feizal bin Ismail
  3. Eksekutif Penjurian – En Zulfadli Aizat bin Mustafa
  4. Eksekutif Kewangan – *tba
  5. Eksekutif Persijilan/Peperiksaan – En Amri Mhd Nor Zori
  6. Eksekutif Tugas Khas – En Radzif bin Mohamad
  7. Eksekutif Latihan & Pembangunan Insan – Puan Yuslila Mohd Yusof
  8. Setiausaha Akademi – Tengku Azlina Tengku Ismail