Rimbun semalu di jambu batu,
Bangkit pelanduk terus berlalu,
Zikir bersahut kompang dipalu,
Pengantin dirai tersipu malu.

JKT KEBUDAYAAN, SUKAN & REKREASI (KSR) menawarkan perkhidmatan bagi meraikan majlis perkahwinan atau majlis korporat kerajaan & swasta.

  • Perkhidmatan Paluan Kompang
  • Perkhidmatan Persembahan Silat Tari
  • Persembahan Demonstrasi Silat Cekak Hanafi.

Antara matlamat perkhidmatan ini diwujudkan adalah untuk membantu meringankan beban ahli-ahli Silat Cekak Hanafi yang bakal mendirikan rumah tangga bagi mendapatkan perkhidmatan kompang & silat tari dengan kos yang berpatutan. Disamping itu, ianya dapat memberi satu nilai tambah dalam menyerikan lagi majlis perkahwinan ahli-ahli Silat Cekak Hanafi.

Perkhidmatan ini juga terbuka kepada orang awam bagi majlis perkahwinan atau majlis korporat kerajaan & swasta.

Semoga dengan usaha ini warisan budaya bangsa Melayu iaitu Silat Cekak Hanafi dan Seni Kompang dapat diteruskan dan disemai dalam jati diri generasi akan datang.

PERTANYAAN & TEMPAHAN :
KOMPANG & SILAT TARI :
Hanafi Munshi,
017-304 7993
Pengerusi,
JKT Kebudayaan, Sukan & Rekreasi (KSR),
Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia.

PERSEMBAHAN SILAT CEKAK HANAFI :
Norazali Razali
016-227 4640
Penolong Ketua,
Jabatan Perhubungan & Seranta,
Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia.

**Aktiviti Kompang & Silat Tari hanya dibenarkan dijalankan dibawah KSR sahaja.

686total visits,3visits today