Kuala Terengganu 31 Julai 2009
Majlis ijazah asas dan tamat Silat Cekak Hanafi telah dilangsungkan dengan jayanya bertempat di blok Othman, Universiti Darul Iman.
Majlis tersebut disertai seramai 86 orang mahasiswa dari UDM dan 14 orang dari UMT bagi Ijazah Asas dan Ijazah Tamat. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Penyelia kelas latihan UMT, Saudara Halim bin Che Rose.
Tahniah diucapkan kepada semua mahasiswa yang telah memilih untuk mempelajari Silat Cekak Hanafi dan kepada semua mahasiswa yang telah tamat mempelajari Silat Cekak Hanafi.
Untuk berita lanjut, lawati laman web Silat Cekak Hanafi UMT di http://cekakhanafiumt.blogspot.com



