cekakhanafi.com - Laman Sesawang Rasmi Silat Cekak Hanafi

Kenyataan Rasmi Naib Presiden

E-mail Cetak PDF

Pemberitahuan

8 Jun 2009

Kepada semua ahli,

Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia

Saudara/i,

Assalamu Alaikum wbt.

Mesyuarat Agong Perwakilan Kali 10

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agong Perwakilan Kali 10 telah berjaya diadakan pada 6 Jun 2009 bertempat di Auditorium MPAJ, Pandan Indah. Perwakilan dari cawangan-cawangan dan ahli terus ibupejabat telah hadir bagi menjayakan mesyuarat bagi memenuhi keperluan perlembagaan persatuan di mana mesyuarat agong ini perlu diadakan sebelum 30 Jun 2009. Mesyuarat kali ini telah berjalan dengan lancar dan tertib tanpa ada apa-apa gangguan.

Pembentangan laporan tahunan dan laporan kewangan bagi tiga (3) tahun yang lalu telah dibuat dan juga pemilihan jawatan telah dilakukan bagi Jawatan Pengerusi Tetap, Ahli MMK dan juga Juruaudit untuk sesi 2009/2012. Berikut adalah keputusan pemilihan yang diadakan:

 

Pengerusi Tetap :
Encik Nor Azlan Shah Abdull Gaffoor 

Presiden :
Tuan Haji Md Nasir bin Md Arshad 

Naib Presiden :
Tuan Haji Amrahi Haji Buang
Encik Ramlee bin Abdul Rahman 

Ahli majlis :
Encik Azmi bin Ibrahim
Tuan Haji Che Yusof bin Che Mat
Cik Fazidah bt Haji Ahmad Puat
Encik Kamaruzaman Haji Ahmad
Encik Muhammad Naim bin Haji Nawi 

Juruaudit :
Tuan Haji Kamarul Baharaini Abdul Latif
Encik Asnawi Ahmad

 

Bagi jawatan Setiausaha Agong, Bendahari Agong dan Ketua Perhubungan & Seranta akan dilantik oleh Presiden dengan kelulusan MMK pada mesyuarat MMK yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Jawatan-jawatan lain juga akan dilantik pada mesyuarat MMK yang akan diadakan menjadikan 21 orang ahli MMK kesemuanya.

Sukacita juga dimaklumkan bahawa empat usul telah diluluskan dengan sebulat suara seperti butir-butir berikut:

 

1- Meminda alamat urusan persatuan ke pada alamat baru iaitu No. 3, Lorong Kiri 1, Kg Datuk Keramat, 54200 Kuala Lumpur.

2- Melantik YM Encik Marwi @ Marui bin Latif sebagai Penaung dan Tuan Haji Yahya bin Abd Rahman sebagai Penasihat Undang-undang Kehormat bersesuaian dengan keperluan Peraturan 25 perlembagaan.

3- Meminda Jadual I pada Peraturan 21 yang berkaitan dengan keanggotaan MMT menjadi seperti berikut:

 

BIL NAMA PENUH

1. Guru Utama atas jawatan

2. Amruddin Bin Haji Buang

3. Md. Nasir Bin Md. Arshad

4. Kamarul Baharaini Bin Abd. Latiff

5. Marwi Bin Latif

6. Amrahi Bin Haji Buang

7. Kamaruzaman Bin Ahmad

8. Mohd. Rauhi Bin Md. Isa 

9. Che’ Yusof Bin Che’ Mat

10. Mohd Shafiei Bin Abd. Latiff

11. Dr. Ahmad Yusof Bin Nizam Mohd

12. Yahya Bin Abd. Rahman

 

4- Memberi mandat kepada Presiden dan Setiausaha Agong untuk meminda ayat-ayat bagi pindaan perlembagaan seperti dikehendaki (atau jika diminta) oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan.Semoga persatuan kita akan terus berkembang maju dengan melaksanakan program-program yang dapat meningkatkan prestasi persatuan ke tahap yang lebih baik.

Sekian, wassalam.

 

RAMLEE ABDUL RAHMAN

Naib Presiden

 
You are here: Home

Pautan Sosial


 
Cari Kami di facebook.com/silatcekak

Alamat Perhubungan

Pejabat Urusan Cekak Hanafi,
No 3, Lorong Kiri 1,
Kampung Datuk Keramat,
54000 Kuala Lumpur. 
  • Tel: 
    03-4251 0651
  • Fax: 
    03-4266 5757
  • Email: 
    pej_urusan@cekakhanafi.com
  • Laman Web: 
    www.cekakhanafi.com