cekakhanafi.com - Laman Sesawang Rasmi Silat Cekak Hanafi

Pekeliling MMK - Pembubaran Cawangan

E-mail Cetak PDF

 

24 April 2009

 

Kepada semua ahli,

Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia

 

 

Saudara/i,
Assalamu Alaikum wbt.

 

MAKLUMAN TENTANG KEDUDUKAN SEMASA PERSATUAN SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI MALAYSIA

 

Perkara di atas dengan sukacitanya dirujuk.

Saya dimaklumkan kononnya satu Mesyuarat Agung Luarbiasa telah diadakan pada 28 Mac 2009 dimana diberitakan juga satu pemilihan ahli Majlis Mesyuarat Kebangsaan (MMK) yang baru bagi sesi 2009/2012 diadakan.

3. Kesahihan Mesyuarat Agong Luarbiasa dan perlantikan MMK yang baru ini sesungguhnya tidak sah dan tidak terkesan berdasarkan penyataan berikut:

Peraturan 7 Ceraian 25 Perlembagan Persatuan menyatakan bahawa notis Mesyuarat Agong Luarbiasa hendaklah dihantar oleh Setiausaha Agong yang menjalankan tugas atas persetujuan Majlis Mesyuarat Kebangsaan. Walaubagaimanapun, dalam kes mesyuarat yang di adakan pada 28 Mac 2009 itu, saya sebagai Setiausaha Agong yang sah tidak pernah mengeluarkan notis memanggil Mesyuarat Agong Luarbiasa tersebut. Majlis Mesyuarat Kebangsaan juga tidak pernah bersetuju untuk mengadakan atau menerima apa-apa notis mengadakan Mesyuarat Agong Luarbiasa. Oleh itu Mesyuarat Agong Luarbiasa yang dikatakan diadakan pada 28 Mac 2009 itu tidak membawa apa-apa implikasi kepada persatuan kerana dilakukan tidak mengikut prosedur dan peruntukan Perlembagaan Persatuan.

Pemilihan ahli Majlis Mesyuarat Kebangsaan (MMK) hanya boleh dilakukan pada Mesyuarat Agong Perwakilan seperti yang diperuntukan pada Peraturan 7 Ceraian 18(c) Perlembagaan Persatuan. TIDAK ADA peruntukan di dalam Perlembagaan Persatuan yang menyatakan bahawa pemilihan ahli Majlis Mesyuarat Kebangsaan (MMK) boleh dilakukan pada Mesyuarat Agong Luarbiasa. Oleh itu, tindakan memilihan MMK baru yang dilakukan pada 28 Mac 2009 adalah tidak terpakai dan terbatal dengan sendirinya.

En Md Radzi Hj Hanafi atau sesiapapun wakil beliau tidak berkuasa untuk memanggil Mesyuarat Agong Luarbiasa kerana beliau bukan lagi menjawat jawatan Presiden. Malah keahlian beliau juga telah digugurkan sejak 25 Mac 2007. Jika pun Encik Md Radzi Hj Hanafi masih mengaku beliau sebagai Presiden berdasarkan semakan beliau di Pejabat Pendaftar Pertubuhan yang masih mencatitkan beliau sebagai Presiden, tetapi siasatan lanjut mendapati bahawa rekod di Pejabat Pendaftar Pertubuhan telah tidak dikemaskini apabila tidak memasukan rekod baru berdasarkan surat persatuan kepada Pendaftar Pertubuhan bertarikh 18 September 2008. Surat tersebut telah memaklumkan tentang pemecatan keahlian En. Md Radzi Hj Hanafi dan Jawatan Presiden telah dipangku oleh Naib Presiden iaitu Tn Hj Md Nasir Md Arshad.

 

4. Satu laporan polis telah dibuat terhadap En Mohamad Amin Zainul Abidin kerana melakukan tindakan menipu dan mengelirukan ahli persatuan serta orang ramai. Ini kerana beliau dengan secara terang-terangan mengaku sebaga i Setiausaha Agong di dalam surat yang dihantar kepada beberapa individu tertentu menggunakan kepala surat persatuan walaupun diketahui bahawa beliau bukanlah Setiausaha Agong persatuan yang sah dan tidak ada kuasa untuk berbuat demikian. Selanjutnya juga dimaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kebangsaan telah memecat keahlian En Mohd Amin Zainul Abidin berkuatkuasa 22 Januari 2009. Oleh itu, bermula dari tarikh tersebut, beliau sudah tidak ada kena-mengena dengan persatuan ini.

 

5. Adalah dimaklumkan juga, berkuatkuasa 24 April 2009 , MMK telah membubarkan 10 cawangan negeri kerana mengingkari arahan MMK. Pembubaran ini dibuat berdasarkan peruntukan Peraturan 14 Ceraian 2(b) Perlembagaan Persatuan. Cawangan-cawangan yang dibubarkan itu adalah seperti senarai berikut:

-Cawangan Perlis

-Cawangan Kedah

-Cawangan Pulau Pinang

-Cawangan Negeri Sembilan

-Cawangan Melaka

-Cawangan Johor

-Cawangan Pahang

-Cawangan Kelantan

-Cawangan Sabah

-Cawangan Sarawak

 

6. Suka saya tegaskan di sini bahawa persatuan ini dan kedudukan MMK adalah tidak terkesan oleh percubaan untuk menggugat keharmonian dan keutuhan persatuan. Semua aktiviti persatuan tidak terganggu dan tetap berjalan seperti biasa. Ahli-ahli juga dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pejabat pengurusan jika memerlukan perjelasan lanjut.

 

Sekian, wassalam.

 

RAMLEE ABDUL RAHMAN
Setiausaha Agong

 

 
You are here: Home

Pautan Sosial


 
Cari Kami di facebook.com/silatcekak

Alamat Perhubungan

Pejabat Urusan Cekak Hanafi,
No 3, Lorong Kiri 1,
Kampung Datuk Keramat,
54000 Kuala Lumpur. 
  • Tel: 
    03-4251 0651
  • Fax: 
    03-4266 5757
  • Email: 
    pej_urusan@cekakhanafi.com
  • Laman Web: 
    www.cekakhanafi.com