cekakhanafi.com - Laman Sesawang Rasmi Silat Cekak Hanafi

Saman Pemula Md Radzi vs PSSCUHM

E-mail Cetak PDF

SAMAN PEMULA

MD. RADZI HJ HANAFI vs PERSATUAN SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI MALAYSIA

MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR


 


Adalah dimaklumkan bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 20 hb. Oktober 2009 yang lalu telah membuat keputusan MENOLAK DENGAN KOS YANG DITAKSIRKAN ATAU YANG DIPERSETUJUI terhadap saman pemula oleh Md Radzi Haji Hanafi yang menuntut semula jawatan Presiden / Guru Utama yang dilucutkan pada tahun 2007.

Keputusan mahkamah tersebut telah MEMBUKTIKAN bahawa segala tindakan yang diambil olehMajlis Mesyuarat Kebangsaan (MMK) dan Majlis Muafakat Tertinggi (MMT) Silat Cekak Hanafi menggugurkan jawatan Guru Utama serta memecat keahlian beliau di dalam Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia adalah betul dan mengikut peraturan yang diperuntukan di dalam perlembagaan persatuan. Beliau digugurkan dari jawatan Guru Utama dan dipecat keahlian kerana didapati bersalah oleh Jawatankuasa Kehakiman Dalaman atas salah laku moral iaitu mencabul kehormatan wanita.

Dengan itu juga Md Radzi Hj Hanafi tidak boleh mengaku sebagai Presiden ataupun Guru Utama Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia / Silat Cekak Hanafi atau mewakili persatuan ini dalam apa juga perkara yang berkaitan dengan Silat Cekak Hanafi.

 

Harap maklum.

MUHAMMAD NAIM HJ NAWI

Setiausaha Agung

Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia

 
You are here: Home

Pautan Sosial


 
Cari Kami di facebook.com/silatcekak

Alamat Perhubungan

Pejabat Urusan Cekak Hanafi,
No 3, Lorong Kiri 1,
Kampung Datuk Keramat,
54000 Kuala Lumpur. 
  • Tel: 
    03-4251 0651
  • Fax: 
    03-4266 5757
  • Email: 
    pej_urusan@cekakhanafi.com
  • Laman Web: 
    www.cekakhanafi.com