Kuala Lumpur - 19 Julai 2009
Seramai 32 orang tenaga pengajar Silat Cekak Hanafi telah menghadiri Kursus Penerapan Nilai Dalam Pengajaran Silat Cekak Hanafi anjuran Akademi Silat Cekak Hanafi di sini hari ini. Kesemua peserta adalah terdiri daripada Jurulatih di sekitar Lembah Kelang.
Kursus tersebut telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Akademi itu sendiri, Tuan Hj Amrudin b Hj Buang. Beliau yang juga merupakan Ahli Lembaga Pelajaran dan Tatatertib Silat Cekak Hanafi berkata, kursus tersebut akan terus dijalankan dari masa ke semasa mengikut zon yang telah ditetapkan.



