cekakhanafi.com - Laman Sesawang Rasmi Silat Cekak Hanafi

PERUTUSAN BARISAN KEPIMPINAN MMK SILAT CEKAK HANAFI SEMPENA SAMBUTAN RAMADHAN 1438 H 2017M.

E-mail Cetak PDF

[ PERUTUSAN BARISAN KEPIMPINAN MMK SILAT CEKAK HANAFI SEMPENA SAMBUTAN RAMADHAN 1438 H 2017M. ]

====================================================


Segala pujian bagi Allah s.w.t yang telah menyempurnakan agama-Nya, melengkapkan nikmat-Nya dan meredhai Islam sebagai Ad-Din. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., keluarga baginda dan para sahabat-sahabatnya, seluruh pengikut yang telah mengikuti baginda sehingga hari al-Qiamah. Amiin.

Kami mendoakan Datuk Datin, sahabat – sahabat, tuan puan dan keluarga mudah - mudahan sentiasa didalam rahmat keampunan Allah dan di berikan kesihatan yang berpanjangan serta limpahan rezeki yg diberkati.

Di jangka malam ini, Jumaat malam Sabtu kita akan mula solat sunat tarawih dan mulai makan sahur untuk berpuasa pada hari Sabtu 27 Mei 2017. Syukur kita diberi kesempatan sekali lagi menyambut kedatangan Ramadhan Al - Kareem, bulan yang penuh dengan keberkatan. Di dalamnya di perturunkan Al-Quran juga mengandungi sebaik-baik malam, iaitu malam Lailatul-Qadar, malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Dengan kedatangan bulan Ramadhan yg mulia ini, pihak MMK mendoakan agar kita memperbanyakkan amal ibadah seikhlas hati agar hari-hari yang kita lalui bersama dengan ahli keluarga dan sahabat - sahabat dengan tawaduk' dan taqwa.

MMK telah merancang untuk mengadakan Majlis Iftar, Nuzul Quran & Zakat Fitrah pada 17 Jun 2017.

Dalam menjayakan perancangan ini, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan/Puan yang telah menyumbang dalam bentuk wang tunai untk majlis berbuka puasa dan di samping itu kami masih membuka peluang untuk Tuan/Puan serta mengalu - alukan sebarang bentuk sumbangan ikhlas dari Tuan/Puan samada dari sudut kewangan mahupun barangan untk memeriahkn lagi ihya' Ramadhan tahun ini.

Kesempatan ini kami BARISAN KEPIMPINAN MMK serta seluruh warga kerja persatuan memohon maaf atas segala kesilapan dan mohon dihalalkan makan minum dan keterlanjuran kata - kata kami.

Kami mendoakan supaya tuan puan sentiasa dlm Rahmat Allah di berikan kesihatan supaya kita dapat beribadat sepenuhnya sepanjang bulan Ramadhan ini.

Sepanjang Ramadhan ini tuan puan boleh lah merebut peluang untk berzakat wakaf tunai dan khairat yg ganjarannya berganda di sisi Allah. Semua dana ini adalah untuk menyiapkan renovasi bangunan persatuan yang semakin uzur yg masih memerlukn RM 12,000.00 yang mana proses baik pulih ini di jangka siap pada bulan Syawal ini.

Allah Ta'ala berfirman yg bermaksud;

"Sesungguhnya orang-orang yg bersedekah baik lelaki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yg baik, nescaya akan dilipat gandakan (ganjarannya) kepada mereka dan bagi mereka pahala yg mulia" (QS.Al Hadid 18)

Semua sumbangan amat kami hargai dan moga Allah swt jua membalas-Nya. Semoga Allah menerima semua amalan kita disepanjang bulan Ramadhan ini dan seluruh amalan kita sepanjang kehidupan kita semua.

Salam dihulur kasih diterima,
Agar ikatan terjalin mesra,
Syaaban berlalu ramadhan menjelma,
Tingkatkan amalan hadkan selera.

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak.

BARISAN KEPIMPINAN SILAT CEKAK HANAFI
Malaysia
26 MEI 2017.

 
You are here: Home

Pautan Sosial


 
Cari Kami di facebook.com/silatcekak

Alamat Perhubungan

Pejabat Urusan Cekak Hanafi,
No 3, Lorong Kiri 1,
Kampung Datuk Keramat,
54000 Kuala Lumpur. 
  • Tel: 
    03-4251 0651
  • Fax: 
    03-4266 5757
  • Email: 
    pej_urusan@cekakhanafi.com
  • Laman Web: 
    www.cekakhanafi.com