cekakhanafi.com - Laman Sesawang Rasmi Silat Cekak Hanafi

KEJOHANAN WAJADIRI NASIONAL SILAT CEKAK HANAFI KALI KE-20

E-mail Cetak PDF

8 April 2017, Shah Alam- Kejohanan Wajadiri Nasional Silat Cekak Hanafi Kali Ke-20 telah berlangsung dengan jayanya di sini hari ini. Kejohanan yang telah berlangsung di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7 itu disertai

oleh ahli – ahli Silat Cekak Hanafi seramai 663 orang peserta yang terdiri daripada empat (4) pusat latihan, sepuluh (10) penyertaan daripada peringkat sekolah dan juga tiga belas (13) penyertaan daripada peringkat universiti seluruh Malaysia.

Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (Silat Cekak Hanafi) Cawangan Selangor Darul Ehsan merupakan penganjur kejohanan bagi edisi kali ini. Kejohanan kali ini mempertandingkan sebanyak tiga(3) Kategori Berpasangan dan lima (5) Kategori Berkumpulan iaitu:

1)    Menangkis Serangan Pisau (Berpasangan)
2)    Menangkis Serangan Kaki (Berpasangan)
3)    Menangkis Serangan Tongkat (Berpasangan)
4)    Kategori Umum (Berkumpulan)
5)    Persembahan atas Papan Sekeping (Berkumpulan)
6)    Adegan Praktikal yang berkonsepkan Cegah Jenayah (Berkumpulan)
7)    Senaman Asas Wajadiri dan Enam Buah Kreatif (Berkumpulan)
8)    Kategori Khas (Berkumpulan)

Majlis penutup rasmi telah disempurnakan oleh Tuan Hj Amruddin Bin Hj Buang,  Penasihat Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia. Kejohanan kali ini menyaksikan perebutan sengit dikalangan semua pasukan.

 

Terakhir dikemaskini ( Isnin, 10 April 2017 17:20 )  
You are here: Home

Pautan Sosial


 
Cari Kami di facebook.com/silatcekak

Alamat Perhubungan

Pejabat Urusan Cekak Hanafi,
No 3, Lorong Kiri 1,
Kampung Datuk Keramat,
54000 Kuala Lumpur. 
  • Tel: 
    03-4251 0651
  • Fax: 
    03-4266 5757
  • Email: 
    pej_urusan@cekakhanafi.com
  • Laman Web: 
    www.cekakhanafi.com