cekakhanafi.com - Laman Sesawang Rasmi Silat Cekak Hanafi

Silat Cekak Hanafi Subur di Negeri Sembilan

E-mail Cetak PDF


Pada tahun 2008 kelas latihan Silat Cekak Hanafi yang pertama telah berjaya dibuka di Negeri Sembilan Darul Khusus atas daya usaha Allahyarham Yusuf bin Jiddin bertempat di Taman Pulai Impian Sikamat.

Allahyarham telah berjaya menarik minat ahli ahli baru di kalangan rakan-rakan setamannya. Seramai 7 orang ahli baru sebagai perintis di Negeri Sembilan telah diijazahkan oleh YM Guru Utama Silat Cekak Hanafi, En Marwi Latif.
Tanggal 21 Februari 2011, Allahyarham Yusuf bin Jiddin telah kembali ke Rahmatullah akibat kemalangan jalan raya. Usaha Allahyarham disambung oleh saudara Jumari Sopaman yang juga merupakan jiran Allahyarham dan juga antara ahli terawal di Taman Pulai Impian Sikamat. Inilah antara jasa dan sumbangan Allahyarham dalam memperjuangkan Silat Cekak Hanafi di bumi adat perpatih ini. Perjuangan tetap diteruskan oleh ahli-ahli yang sedia ada hingga berjaya membuka beberapa kelas latihan Silat Cekak Hanafi  yang baru seperti Kelas Latihan Seremban 2, Kelas Latihan Taman Pulai Impian Seremban, SMK Taman Tuanku Jaafar, MRSM Kuala Klawang, Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Rembau.


Puan Zarina Abd Razak, balu kepada Allahyarham Yusuf bin Jiddin bersama Parang Lading

Sebagai menghargai jasa dan tanda ingatan kepada Allahyarham, YM Guru Utama telah menganugerahkan Parang Lading kepada beliau pada tahun 2010. Penyampaian Parang Lading tersebut telah disempurnakan oleh YM Guru Utama kepada balu Allahyarham iaitu Puan Zarina Abd Razak bersempena dengan Perasmian Kejohanan Wajadiri Nasional Silat Cekak Hanafi Kali ke 19 di Negeri Sembilan.

Semoga roh Allahyarham Saudara Yusuf bin Jiddin ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh, InsyaAllah.

Al - Fatihah.

 

 
You are here: Home

Pautan Sosial


 
Cari Kami di facebook.com/silatcekak

Alamat Perhubungan

Pejabat Urusan Cekak Hanafi,
No 3, Lorong Kiri 1,
Kampung Datuk Keramat,
54000 Kuala Lumpur. 
  • Tel: 
    03-4251 0651
  • Fax: 
    03-4266 5757
  • Email: 
    pej_urusan@cekakhanafi.com
  • Laman Web: 
    www.cekakhanafi.com