cekakhanafi.com - Laman Sesawang Rasmi Silat Cekak Hanafi

Kejohanan Wajadiri Nasional Silat Cekak Hanafi Kali ke-19

E-mail Cetak PDF


Kejohanan Wajadiri Nasional Kali ke-19

Paroi, Negeri Sembilan, 9 April 2016 – Silat Cekak Hanafi dipelajari oleh masyarakat Melayu adalah hasil visi daripada Ustaz Hanafi Haji Ahmad, Pemimpin Agung Silat Cekak Hanafi. Kini, Silat Cekak Hanafi adalah suatu bentuk kebudayaan masyarakat Melayu yang masih relevan pada zaman moden sekarang ini.

Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia Negeri Sembilan (Silat Cekak Hanafi) adalah salah satu cawangan yang telah ditubuhkan semula pada 13 Disember 2012 sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab bagi menggerakkan Silat Cekak Hanafi secara sah hari ini telah berjaya menganjurkan Kejohanan Wajadiri Nasional Silat Cekak Hanafi Kali ke 19 tahun 2016.

Kejohanan ini telah disertai seramai 608 orang peserta yang terdiri pengamal Silat Cekak Hanafi dari peringkat peringkat Sekolah, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan juga Akademi Silat Cekak Hanafi dari seluruh negeri di Malaysia. 

Kejohanan tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Modal Insan, Belia dan Sukan Negeri Sembilan, iaitu Y.B. Dato’ Zaifulbahri Bin Idris.

Kejohanan ini telah mempertandingkan lapan kategori yang merangkumi daripada sistem pembelajaran Silat Cekak Hanafi. Antara kategori yang dipertandingkan ialah Menangkis Serangan Pisau, Menangkis Serangan Kaki, dan Menangkis Serangan Tongkat dari pelbagai arah. Seterusnya, kategori yang melibatkan kumpulan ialah Kategori Umum, Persembahan atas Papan Sekeping, Adegan Praktikal yang berkonsepkan Cegah Jenayah, Senaman Asas Wajadiri dan Enam Buah Kreatif dan Kategori Khas.

Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, telah menubuhkan beberapa kelas latihan antaranya ialah:

  1. Kelas Latihan Seremban 2
  2. Kelas Latihan Taman Pulai Impian Seremban
  3. SMK Taman Tuanku Jaafar
  4. MRSM Kuala Klawang
  5. Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Rembau.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta Kejohanan Wajadiri Nasional Kali ke-19. Kita jumpa lagi pada tahun hadapan dalam Kejohanan Wajadiri Nasional Kali ke-20.

 
You are here: Home

Pautan Sosial


 
Cari Kami di facebook.com/silatcekak

Alamat Perhubungan

Pejabat Urusan Cekak Hanafi,
No 3, Lorong Kiri 1,
Kampung Datuk Keramat,
54000 Kuala Lumpur. 
  • Tel: 
    03-4251 0651
  • Fax: 
    03-4266 5757
  • Email: 
    pej_urusan@cekakhanafi.com
  • Laman Web: 
    www.cekakhanafi.com