cekakhanafi.com - Laman Sesawang Rasmi Silat Cekak Hanafi

Lensa : Ucapan YM Guru Utama Silat Cekak Hanafi

E-mail Cetak PDF

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM

YANG BERUSAHA, SAUDARA PENGERUSI MAJLIS
YANG BERBAHAGIA DATO  HAJI MD NASIR BIN MD ARSHAD
PRESIDEN PERSATUAN SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI MALAYSIA MERANGKAP PENGERUSI SAMBUTAN 50 TAHUN SILAT CEKAK HANAFI
YANG BERUSAHA TUAN HAJI AMRUDDIN BIN HAJI BUANG
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF AKADEMI SILAT CEKAK HANAFI MALAYSIA
YANG BERUSAHA, SAUDARA NORHAIBY BIN SHARIF,
PENGERUSI MAJLIS 'SAMBUTAN HARI TENAGA PENGAJAR SILAT CEKAK HANAFI 2015'
AHLI-AHLI MAJLIS MUAFAKAT TERTINGGI
AHLI-AHLI LEMBAGA PELAJARAN DAN TATATERTIB
AHLI-AHLI MAJLIS MESYUARAT KEBANGSAAN
YANG DI PERTUA-YANG DI PERTUA CAWANGAN DAN AHLI-AHLI MAJLIS MESYUARAT NEGERI
AHLI-AHLI DARI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DAN SEKOLAH
PARA PENYELIA KELAS, PARA TENAGA PENGAJAR
TUAN-TUAN, PUAN-PUAN HADIRIN DAN HADIRAT YANG SAYA HORMATI SEKALIAN
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WA BARAKATUH
TERLEBIH DAHULU MARILAH SAMA-SAMA KITA MENGUCAPKAN SYUKUR KEPADA ALLAH TA’ALA YANG TELAH MENGIZINKAN KITA BERKUMPUL DI DEWAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA  PADA PAGI YANG BERBAHAGIA INI BAGI MERAIKAN SAMBUTAN ‘HARI TENAGA PENGAJAR 2015’.
TIDAK DILUPAKAN, SEGALA SELAWAT DAN SALAM UNTUK JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM
SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA DIF-DIF JEMPUTAN DAN JUGA KEPADA SEMUA AHLI PERSATUAN YANG HADIR BAGI MENJAYAKAN MAJLIS  PADA HARI INI.
PADA HARI YANG BERBAHAGIA INI, KITA BERTEMU SEKALI LAGI BAGI MENERUSKAN AGENDA PERKEMBANGAN PERSATUAN INI DENGAN MENGADAKAN MAJLIS SAMBUTAN HARI TENAGA PENGAJAR SILAT CEKAK HANAFI 2015.

MAJLIS PADA HARI INI ADALAH UNTUK MENGENANG DAN MENGHARGAI PARA TENAGA PENGAJAR SILAT CEKAK HANAFI  YANG TELAH BANYAK BERJASA KEPADA PERGERAKAN INI DAN DISAMPING ITU, PERLANTIKAN TENAGA PENGAJAR AKAN DIBUAT PADA HARI INI BAGI MEMASTIKAN KESINAMBUNGAN PERJUANGAN PENGAJARAN SILAT CEKAK  KEPADA PARA PENUNTUT YANG BAKAL MENJADI AMAL JARIAH  YANG TIDAK TERNILAI BAGI SEMUA TENAGA PENGAJAR SILAT CEKAK HANAFI. SEGALA KESETIAAN YANG DITUNJUKKAN DAN PENGORBANAN SEMUA TENAGA PENGAJAR DALAM PERSATUAN INI SENTIASA DIHARGAI OLEH PIHAK PERSATUAN.

 

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN HADIRIN HADIRAT YANG DIKASIHI SEKALIAN,

ALMARHUM USTAZ HANAFI HJ AHMAD YANG MERUPAKAN PEMIMPIN AGUNG PERGERAKAN INI MEMPUNYAI CITA-CITA YANG TINGGI TERHADAP PERSATUAN INI.
BELIAU MAHUKAN PERSILATAN INI MENJADI PENERAJU KEPADA PERKEMBANGAN BADAN-BADAN PERSILATAN DI NEGARA INI.
SEHUBUNGAN ITU, KITA TELAH PUN BERJAYA MEREALISASIKAN IMPIAN ALMARHUM TERSEBUT DENGAN TERTUBUHNYA SEBUAH AKADEMI PERSILATAN DENGAN SILAT CEKAK SEBAGAI ILMU PERSILATAN YANG DIPELAJARI DI PERINGKAT TERTINGGI DALAM ILMU PERSILATAN.
SEPERTI YANG PERNAH DIUCAPKAN OLEH ALMARHUM USTAZ HANAFI SEMPENA SAMBUTAN 10 TAHUN SILAT CEKAK PADA 28 DISEMBER 1975 YANG BERBUNYI :

“KAMI MENGELUARKAN SIJIL BUKAN SELIMPANG ADALAH SEMATA-MATA UNTUK MENGORAK LANGKAH BAGI MERINTIS JALAN MENJADIKAN SILAT MELAYU SETARAF DENGAN PELAJARAN AKADEMIK LAIN. INSYA ALLAH DI SUATU HARI NANTI, AKAN WUJUD INSTITUSI KHAS YANG MEMPELAJARI SILAT MELAYU”

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN,
SELEPAS HAMPIR 40 TAHUN UCAPAN BELIAU ITU, SAYA BERBANGGA UNTUK MENGUMUMKAN BAHAWA KITA TELAH BERJAYA MEREALISASIKAN IMPIAN USTAZ HANAFI TERSEBUT DENGAN TERTUBUHNYA AKADEMI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI MALAYSIA. SAYA BERANI BERKATA BAHAWA, KITA KINI BERADA DALAM LANDASAN YANG BETUL UNTUK MEMARTABATKAN SILAT CEKAK DI PERINGKAT TERTINGGI DAN LEBIH TERSUSUN.
KITA MEMPUNYAI TANGGUNGJAWAB UNTUK MENERUSKAN CITA-CITA DAN PERJUANGAN BELIAU SUPAYA ANAK CUCU KITA TERUS KENAL AKAN SENI BUDAYA BANGSA KITA INI.

SETIAP DARI KITA MEMPUNYAI TUGAS TERTENTU YANG TELAH DITETAPKAN BAGI MEMBANTU PERSATUAN BERGERAK MENGIKUT LANDASAN YANG TELAH DISEDIAKAN.
OLEH ITU, KITA HARUS MEMAHAMI BAHAWA SEBARANG KERJA DAN TANGGUNGJAWAB YANG DIAMANAHKAN KEPADA KITA, PERLU DILAKSANAKAN DENGAN SEBAIK MUNGKIN, KERANA KITA ADALAH ORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB DALAM MEMPERTAHANKAN USAHA PERSATUAN.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN,
KITA MESTI BERGERAK DALAM SATU PASUKAN.
KITA PERLU BERSATU UNTUK MENCAPAI MATLAMAT YANG TELAH DIGARISKAN.

KITA PERLU MEMBUANG SIKAP MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI DAN SEGALA SIKAP NEGATIF SEPERTI IRI HATI, KECIL HATI DAN SEBAGAINYA,  KERANA SIKAP-SIKAP TERSEBUT AKAN MEROSAKKAN HUBUNGAN KITA SEMUA SELAIN DARI MEROSAKKAN PERGERAKAN YANG KITA CINTAI INI.
SEBAGAI AHLI, KITA MEMPUNYAI TANGGUNGJAWAB UNTUK MENJAGA NAMA BAIK PERSATUAN.
SETIAP GERAK LAKU DAN TINDAK TANDUK KITA PERLU DIFIKIRKAN SECARA MENDALAM SUPAYA KESANNYA TIDAK DITANGGUNG OLEH PERSATUAN.
JANGANLAH JADI SEPERTI KATA PEPATAH MELAYU :
“KERANA NILA SETITIK, ROSAK SUSU SEBELANGA”
SAYA MENGINGATKAN PERKARA TERSEBUT, KERANA KITA TIDAK MAHU ADA ANTARA AHLI-AHLI KITA YANG TERLIBAT DENGAN PERKARA-PERKARA YANG MELANGGAR ETIKA, TATA SUSILA DAN UNDANG-UNDANG NEGARA KITA.

SAYA MENYERU KEPADA SEMUA AHLI SUPAYA YAKIN DENGAN PERJUANGAN YANG KITA BAWA INI ADALAH SATU PERJUANGAN YANG BENAR. IANYA MERUPAKAN SATU PERJUANGAN YANG DIMULAKAN OLEH USTAZ HANAFI HJ AHMAD BAGI MEMARTABATKAN SENI SILAT MELAYU YANG BERLANDASKAN JIWA TAUHID YANG JITU, DAN BERMATLAMAT UNTUK MEMBANTERAS SEGALA GEJALA TAHYUL DAN KHURAFAT.
BAK KATA ALMARHUM USTAZ HANAFI:
“KITA BERSILAT BUKAN KERANA SILAT, KITA BERSILAT KERANA AGAMA…
KITA BERSILAT BUKAN KERANA SILAT, KITA BERSILAT KERANA ALLAH”

SUKA SAYA MENGINGATKAN KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SERTA DIRI SAYA SENDIRI AGAR KITA SENTIASA BERUSAHA UNTUK MENINGKATKAN AMALAN YANG KITA PEROLEHI MELALUI PERGERAKAN INI DALAM USAHA KITA UNTUK MEMBERSIHKAN SERTA MEMANTAPKAN HATI DAN JIWA BAGI MEREALISASIKAN IMPIAN KITA UNTUK MENJADI MUKMIN SEJATI.
INILAH JUGA HARAPAN DAN TINGGALAN USTAZ HANAFI BIN HAJI AHMAD KEPADA KITA YANG TIDAK ADA TOLOK BANDINGNYA.  JANGANLAH TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN GUSAR AKAN KEBENARAN INI.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN, HADIRIN HADIRAT SEKALIAN,
DALAM SUASANA SAMBUTAN 50 TAHUN SILAT CEKAK HANAFI YANG KITA RAIKAN PADA TAHUN 2015 INI, SAYA  MENYERU KEPADA SEMUA AHLI TERUTAMANYA TENAGA PENGAJAR, AGAR SEMANGAT JUANG KITA TIDAK LUNTUR WALAU APA JUA CABARAN DAN DUGAAN YANG MELANDA.
SAYA JUGA MENYERU AGAR SEMUA AHLI SUPAYA SENTIASA BERSEMANGAT, KONSISTEN SERTA  BERFIKIRAN POSITIF DAN TERBUKA DALAM MELAKSANAKAN SEMUA PERANCANGAN PERSATUAN BAGI MENJAMIN KELANCARAN SETIAP PERANCANGAN YANG TELAH DIGARISKAN.

SAYA BERHARAP AGAR PARA AHLI DAPAT MEMFOKUSKAN  PEMIKIRAN KEPADA OBJEKTIF PERJUANGAN DAN MEMAHAMI TUJUAN KENAPA KITA PERLU BERJUANG UNTUK MEMPERTAHANKAN PERJUANGAN PERSATUAN YANG KITA SAYANGI INI.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN,
YANG LAMA DAN BARU TIDAK DAPAT DIPISAHKAN. MANAKAN ADA YANG BARU KALAU TIADA YANG LAMA. MANAKAN TURUN ILMU SILAT CEKAK INI KEPADA KITA KALAU BUKAN HASIL PERJUANGAN USTAZ HANAFI YANG DIDOKONG OLEH AHLI-AHLI LAMA.
OLEH ITU, SAYA MENYERU KEPADA SEMUA AHLI LAMA DAN BARU BAHAWA KITA BERGERAK SEBAGAI SEBUAH KELUARGA YANG BESAR DAN KITA HENDAKLAH SENTIASA BEKERJASAMA ANTARA SATU SAMA LAIN DALAM MENCAPAI MATLAMAT PERGERAKAN YANG DIPELOPORI OLEH ALMARHUM USTAZ HANAFI INI.

DALAM SUASANA SAMBUTAN JUBLI EMAS PADA TAHUN INI, MARILAH SAMA-SAMA KITA MUHASABAH DIRI AGAR KITA DAPAT MENCAPAI MATLAMAT PERJUANGAN YANG SAMA. MARILAH SAMA-SAMA KITA PERKUKUHKAN HUBUNGAN KITA SESAMA AHLI DAN FOKUSLAH KEPADA TITIK PERSAMAAN AGAR SEGALA USAHA KITA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
SAYA JUGA MENYERU KEPADA AHLI-AHLI LAMA BAHAWA SELAGI SISA HIDUP MASIH DIKANDUNG BADAN, CURAHKANLAH SEGALA PENGALAMAN DAN ILMU YANG DITIMBA DARI ALMARHUM USTAZ HANAFI KEPADA AHLI-AHLI BARU YANG BAKAL MENJADI PENGGERAK PERGERAKAN KITA APABILA KITA SUDAH TIADA KELAK. SEMOGA PERJUANGAN USTAZ HANAFI INI AKAN TERUS SUBUR DAN MENJADI AMAL JARIAH YANG DITERIMA DAN BERKEKALAN YANG DAPAT KITA JADIKAN SEBAGAI BEKALAN DI AKHIRAT KELAK.
KEPADA AHLI BARU, AMBILLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MENIMBA SEBERAPA BANYAK ILMU DAN PENGALAMAN DARI AHLI LAMA DALAM TUJUAN MEMANTAPKAN SAHSIAH DIRI DAN JIWA TAUHID YANG JITU DALAM DIRI KITA.
SAYA MENYERU KEPADA SELURUH TENAGA PENGAJAR AGAR SENTIASA TERUS BERJUANG DALAM PERGERAKAN INI HINGGA KE AKHIR HAYAT KERANA SEBAGAI SEORANG PEJUANG, TIADA ISTILAH PERSARAAN DALAM PERJUANGAN.
SAYA BAWAKAN CONTOH USTAZ HANAFI SENDIRI, DI HARI AKHIR HAYATNYA, BELIAU MASIH LAGI MENJALANKAN TUGAS DENGAN MENYEMPURNAKAN MAJLIS IJAZAH SILAT KEPADA PENUNTUT.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG SAYA KASIHI SEKALIAN,


DALAM PERKEMBANGAN LAIN, SAYA AMAT BERBESAR HATI UNTUK MENGUMUMKAN SEKALI LAGI BAHAWA AKADEMI SILAT CEKAK HANAFI MALAYSIA TELAH PUN MELAKSANAKAN SKIM TENAGA PENGAJAR PROFESSIONAL DI MANA SETAKAT HARI INI  TELAH WUJUD 5 KELAS PROFESSIONAL  DI SEKOLAH-SEKOLAH DAN SEMUA TENAGA PENGAJAR YANG MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM SKIM INI TELAH MENANDATANGANI PERJANJIAN SKIM TENAGA PENGAJAR PROFESSIONAL DENGAN PIHAK AKADEMI SILAT CEKAK HANAFI MALAYSIA.
SAYA AMAT BERHARAP AGAR LEBIH RAMAI LAGI TENAGA PENGAJAR YANG TAMPIL UNTUK MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM SKIM INI.
SELAIN DARI ITU, SATU LAGI PEMBAHARUAN YANG TELAH DIPERKENALKAN OLEH AKADEMI SILAT CEKAK HANAFI MALAYSIA IAITU SATU BENTUK BARU MAJLIS PENERANGAN SILAT CEKAK HANAFI YANG TELAH DILAKSANAKAN DI SEKOLAH-SEKOLAH DAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI YANG MANA KITA DIAJAR CARA-CARA UNTUK MEMBERI PENERANGAN SILAT MELALUI MODUL ‘CEGAH JENAYAH' YANG TELAH KITA LAKSANAKAN DI SEKOLAH-SEKOLAH, INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DAN AGENSI-AGENSI KERAJAAN SERTA SWASTA.

SUKA JUGA SAYA MENGUMUMKAN BAHAWA KITA JUGA TELAH BERJAYA MEMBUKA KELAS PERSILATAN DI SEKOLAH MAAHAD MUHAMMADI DI KELANTAN.
SEMOGA DENGAN PEMBUKAAN KELAS INI AKAN MENJADI TITIK TOLAK BAGI PENUBUHAN CAWANGAN SERTA KELAS-KELAS LAIN DI NEGERI TERSEBUT DAN JUGA NEGERI-NEGERI LAIN.
SEHUBUNGAN ITU, SEMPENA SAMBUTAN 50 TAHUN SILAT CEKAK HANAFI INI, SUKA SAYA MENYERU KEPADA SEMUA TENAGA PENGAJAR AGAR TINGKATKAN USAHA UNTUK MEMPERTINGKATKAN LAGI MUTU PENGAJARAN SILAT CEKAK AGAR KITA DAPAT MEMBUKA LEBIH BANYAK KELAS-KELAS PERSILATAN DI PERINGKAT CAWANGAN MAHUPUN DI INSTITUSI-INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DAN SEKOLAH-SEKOLAH. SAYA PERCAYA SEGALA USAHA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN TENAGA PENGAJAR SILAT CEKAK HANAFI SEKALIAN TIDAK AKAN MENJADI SIA-SIA.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN,


UCAPAN TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA KEPADA SAUDARA NORHAIBY SHARIF DAN JAWATANKUASANYA YANG TELAH BERJAYA MENGANJURKAN MAJLIS SAMBUTAN HARI TENAGA PENGAJAR SILAT CEKAK HANAFI 2015 INI.
SEBELUM SAYA AKHIRI UCAPAN SAYA, SAYA INGIN MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA SEMUA TENAGA PENGAJAR YANG TELAH MENERIMA PERLANTIKAN TENAGA PENGAJAR PADA TAHUN INI. SEMOGA SEGALA PENGORBANAN SEMUA TENAGA PENGAJAR SILAT CEKAK HANAFI INI MENDAPAT KEBERKATAN DARI DAN GANJARAN DARI ALLAH SUBHANAHU WATAALA.

DENGAN LAFAZ BISMILLAH, SAYA MERASMIKAN MAJLIS 'SAMBUTAN HARI TENAGA PENGAJAR SILAT CEKAK HANAFI 2015'

SEKIAN,
WABILLAHI TAUFIK WAL HIDAYAH, ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

YANG MULIA GURU UTAMA ENCIK MARUI@MARWI BIN LATIF
GURU UTAMA MERANGKAP PENAUNG
PERSATUAN SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI MALAYSIA

 
You are here: Home

Pautan Sosial


 
Cari Kami di facebook.com/silatcekak

Alamat Perhubungan

Pejabat Urusan Cekak Hanafi,
No 3, Lorong Kiri 1,
Kampung Datuk Keramat,
54000 Kuala Lumpur. 
  • Tel: 
    03-4251 0651
  • Fax: 
    03-4266 5757
  • Email: 
    pej_urusan@cekakhanafi.com
  • Laman Web: 
    www.cekakhanafi.com