cekakhanafi.com - Laman Sesawang Rasmi Silat Cekak Hanafi

Pantun Ustaz Hanafi

E-mail Cetak PDF

Pantun Ustaz Hanafi

Ustaz Hanafi kedah asal usulnya
Bijak pandai di alam persekolahan
Tetap tegak dengan pendiriannya
Gerak lakunya menjadi tumpuan

Ustaz Hanafi menemui gurunya
Diserah bapa menjadi pesuruh
Pak Ngah Sharif bengis orangnya
Menuntut dengan hati gemuruh

Ustaz Hanafi penyabar orangnya
Silat sendeng pantas dipelajari
Pak Ngah Sharif hebat geraknya
Azab sengsara  tidak terperi

Ustaz Hanafi menuntut agama
Ilmu Tauhid sentiasa di selami
Pak Ngah Sharif sentiasa bersama
Menurunkan ilmu untuk difahami

Ustaz Hanafi menuntut  sudah
Berkat taat kepada gurunya
Pak Ngah Sharif lantas bermadah
Seni Silat tidak lengkap darinya.

Ustaz Hanafi dialam remaja
Jejak merantau tetap berserah
Kefahaman dicari sambil menjaja
Menjual ubat dengan bersyarah

Ustaz Hanafi kasihkan bangsa
Bersyarah atas dasar kesedaran
Penindasan bangsa tetap dirasa
Dalam menuju hari kemerdekaan

Ustaz Hanafi terus perjalanan
Pak Haji Zain ditemui sendiri
Berdebat hebat bab ketuhanan
Berat dikepala tiada disedari

Ustaz Hanafi fahamlah sudah
Pak Haji Zain guru hakikatnya
Dapat disimpul dengan mudah
Sunnah sentiasa bersamanya.

Ustaz Hanafi jejaki seni budaya
Yahya Said tetap diamanahkan
Seni Silat Cekak sentiasa berdaya
Diambil kembali untuk disebarkan

Ustaz Hanafi pemimpin terbilang
Silat Cekak Teras perjuangannya
Menegak budaya kian menghilang
Supaya Melayu sedar asal usulnya

Presiden Silat Cekak Hanafi
17hb Oktober 2014.

 

Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 17 Oktober 2014 08:33 )  
You are here: Home

Pautan Sosial


 
Cari Kami di facebook.com/silatcekak

Alamat Perhubungan

Pejabat Urusan Cekak Hanafi,
No 3, Lorong Kiri 1,
Kampung Datuk Keramat,
54000 Kuala Lumpur. 
  • Tel: 
    03-4251 0651
  • Fax: 
    03-4266 5757
  • Email: 
    pej_urusan@cekakhanafi.com
  • Laman Web: 
    www.cekakhanafi.com