cekakhanafi.com - Laman Sesawang Rasmi Silat Cekak Hanafi

Lensa : Majlis Anugerah Kokurikulum, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, Sekolah Berprestasi Tinggi

E-mail Cetak PDF

`
Kajang, 6 September 2014 - Majlis Anugerah Kokurikulum kali ke 24 Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, Sekolah Berprestasi Tinggi telah menyaksikan kegiatan Silat Cekak Hanafi mendapat pengiktirafan oleh masyarakat pendidik.

Majlis yang diadakan tersebut sebagai tanda penghargaan kepada pelajar, guru dan jurulatih yang menaikkan nama SMAP Kajang dalam kegiatan kokurikulum sama ada badan uniform, persatuan atau aktiviti sukan dari peringkat sekolah sehingga peringkat antarabangsa.

Program dirasmikan oleh Yang Setia Khiruddin bin Deraman, Pengarah Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia. Silat Cekak Hanafi telah diberikan sijil penghargan atas penglibatan dan pencapaian dalam Kejohanan Wajadiri Nasional Silat Cekak Hanafi yang telah diadakan baru-baru ini.

Tahniah dan syabas kepada semua tenaga pengajar Silat Cekak Hanafi di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, Sekolah Berprestasi Tinggi.

Terakhir dikemaskini ( Selasa, 09 September 2014 13:04 )  
You are here: Home

Pautan Sosial


 
Cari Kami di facebook.com/silatcekak

Alamat Perhubungan

Pejabat Urusan Cekak Hanafi,
No 3, Lorong Kiri 1,
Kampung Datuk Keramat,
54000 Kuala Lumpur. 
  • Tel: 
    03-4251 0651
  • Fax: 
    03-4266 5757
  • Email: 
    pej_urusan@cekakhanafi.com
  • Laman Web: 
    www.cekakhanafi.com