cekakhanafi.com - Laman Sesawang Rasmi Silat Cekak Hanafi

LENSA: KEJOHANAN WAJADIRI NASIONAL SILAT CEKAK HANAFI 2014 KALI KE 17

E-mail Cetak PDF


Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (Silat Cekak Hanafi) telah berjaya menganjurkan Kejohanan Wajadiri Nasional Silat Cekak Hanafi 2014 Kali Ke 17.


Kejohanan tersebut berlangsung di Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail dan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia Negeri Terengganu, YB Hj Rozi Mamat.  Dalam ucapan perasmiannya, YB Hj Rozi Mamat menyifatkan bahawa kegiatan silat adalah sesuai untuk membentuk jatidiri dalam masyarakat, terutamanya golongan mahasiswa di peringkat pengajian tinggi dan para pelajar sekolah, selain mendidik diri untuk berdisplin. YB Hj Rozi Mamat juga turut memuji langkah bijak oleh Silat Cekak Hanafi dalam menganjurkan kejohanan Wajadiri Nasional ini secara tahunan, selain berjaya menubuhkan Akademi Silat Cekak Hanafi untuk menjalankan kegiatan silat secara lebih ilmiah.

Lebih daripada 28 buah pasukan yang terdiri daripada Institusi pengajian tinggi, sekolah dan kelas latihan awam yang menyertai kejohanan pada tahun ini.
Juara keseluruhan peringkat sekolah bahagian wanita dimenangi oleh SMK Taman Kosas, Ampang, Juara keseluruhan peringkat sekolah bahagian lelaki dimenangi oleh SMK Taman Kosas, Ampang, Juara keseluruhan peringkat IPT bahagian wanita dimenangi oleh Universiti Islam Antarabangsa Petaling Jaya, manakala Juara keseluruhan peringkat IPT bahagian lelaki dimenangi oleh Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur.

Tahniah kepada semua pemenang dan peserta.

Terakhir dikemaskini ( Rabu, 30 April 2014 16:07 )  
You are here: Home

Pautan Sosial


 
Cari Kami di facebook.com/silatcekak

Alamat Perhubungan

Pejabat Urusan Cekak Hanafi,
No 3, Lorong Kiri 1,
Kampung Datuk Keramat,
54000 Kuala Lumpur. 
  • Tel: 
    03-4251 0651
  • Fax: 
    03-4266 5757
  • Email: 
    pej_urusan@cekakhanafi.com
  • Laman Web: 
    www.cekakhanafi.com