cekakhanafi.com - Laman Sesawang Rasmi Silat Cekak Hanafi

NOTIS KENYATAAN MESYUARAT AHLI TERUS IBU PEJABAT

E-mail Cetak PDF

Adalah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Ahli Terus Ibu Pejabat Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (Silat Cekak Hanafi) akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 5 April 2013 (Sabtu)
Masa : 9.00 malam – 11.00 malam
Tempat : Akademi Silat Cekak Hanafi, No. 3 Lorong Kiri 1, Kampung Datuk Keramat,  54000 Kuala Lumpur

Ahli Terus Ibu Pejabat yang sah dan berdaftar dengan Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia  (Silat Cekak Hanafi) serta telah membayar yuran tahunan adalah layak untuk menghadiri Mesyuarat Ahli Terus Ibu Pejabat di atas.

Tujuan Mesyuarat Ahli Terus Ibu Pejabat ini diadakan adalah untuk memilih 20 orang wakil Ahli Terus Ibu Pejabat ke Mesyuarat Agung Perwakilan kali ke - 15 menurut
Peraturan 7 (8) Perlembagaan Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (Silat Cekak Hanafi).

Sebarang cadangan usul yang ingin di bawa ke mesyuarat tersebut hendaklah dibuat secara bertulis serta di emel atau pos kepada Setiausaha Agung terlebih dahulu untuk urusan seterusnya.

 

Terakhir dikemaskini ( Khamis, 20 Mac 2014 08:20 )  
You are here: Home

Pautan Sosial


 
Cari Kami di facebook.com/silatcekak

Alamat Perhubungan

Pejabat Urusan Cekak Hanafi,
No 3, Lorong Kiri 1,
Kampung Datuk Keramat,
54000 Kuala Lumpur. 
  • Tel: 
    03-4251 0651
  • Fax: 
    03-4266 5757
  • Email: 
    pej_urusan@cekakhanafi.com
  • Laman Web: 
    www.cekakhanafi.com