cekakhanafi.com - Laman Sesawang Rasmi Silat Cekak Hanafi

PENGUMUMAN KHAS

E-mail Cetak PDF

PENGUMUMAN KHAS

Majlis Mesyuarat Kebangsaan (MMK) Silat Cekak Hanafi dalam mesyuaratnya pada 2 Januari 2014 telah membuat pendirian yang tegas berkaitan pemakaian baju latihan silat dan pakaian rasmi persatuan dan persilatan.

 

Pengunaan pakaian-pakaian tersebut hanya boleh di gunakan pada masa latihan, pertunjukkan silat dan urusan rasmi persatuan sahaja.  Ia tidak boleh digunakan untuk sebarang kegiatan lain.

Persatuan dengan tegas menyatakan ia tidak terlibat dalam mana-mana kegiatan politik dan badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan politik di dalam ataupun di luar negara.

Perlembagaan dan polisi persatuan amat jelas menyatakan tujuan utama persatuan ini di tubuhkan seperti termaktub dalam perlembagaan persatuan di bawah Peraturan 3, muka surat 2 khususnya No 2 dan No 5, iaitu :-

PERATURAN  3     -  TUJUAN

2.  Memperkenalkan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi sebagai hak pusaka asli bangsa Melayu.

5. Membasmi serta menentang tahyul dan ilmu ghaib yang sememangnya bercanggah dengan ajaran Islam di dalam ilmu silat Melayu.

Semua Penyelia, barisan tenaga pengajar dan setiap ahli yang sedang belajar atau yang telah tamat belajar perlu memastikan pakaian-pakaian tersebut tidak di salahgunakan untuk kegiatan lain.

Persatuan sama sekali tidak terlibat atas segala salahguna yang dibuat oleh mana-mana individu samada ahli atau bukan ahli.

Sekian, terima kasih

 

YB Dato' Haji Md. Nasir Bin Md. Arshad
Presiden Persatuan Seni
Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (Silat Cekak Hanafi)

Terakhir dikemaskini ( Isnin, 27 Januari 2014 15:34 )  
You are here: Home

Pautan Sosial


 
Cari Kami di facebook.com/silatcekak

Alamat Perhubungan

Pejabat Urusan Cekak Hanafi,
No 3, Lorong Kiri 1,
Kampung Datuk Keramat,
54000 Kuala Lumpur. 
  • Tel: 
    03-4251 0651
  • Fax: 
    03-4266 5757
  • Email: 
    pej_urusan@cekakhanafi.com
  • Laman Web: 
    www.cekakhanafi.com