cekakhanafi.com - Laman Sesawang Rasmi Silat Cekak Hanafi

Perjuangan Mak Teh dalam Silat Cekak

E-mail Cetak PDF

Ustaz Hanafi pernah berkata bahawa Mak Teh merupakan saorang isteri yang amat setia dan benar benar memahami perjuangan hidup
nya khususnya didalam usaha melahirkan kembali

 

dan mengembangkan Silat Cekak di Kedah dan sanggup menghadapi segala bentuk cabaran yang dihadapi.
Berbagai ancaman yang dihadapi olih Ustaz Hanafi didalam mengembangkan Silat Cekak sahingga menyebabkan terlantar dihospital akibat terkena kesan racun yg disapu di kasut beliau. Mak Teh sebagai isteri tetap bersabar menjaga Almarhum dengan segala kepayahan dan kesusahan termasuk dari segi kewangan waktu itu. Anak anak masih kecil yang perlu di beri perhatian.

Di Kedah waktu itu Ustaz dibenci olih masyarakat Melayu sahingga ibunya melarang Ustaz kembangkan silat. Begitu juga Pak Haji Zain, gurunya tak galakan Ustaz buat silat .Hanya Mak Teh yang banyak memahami dan menyokong perjuangannya.
Sebagai saorang isteri yang setia sanggup bersama anak anak dengan berbagai kepayahan, tiada mempunyai kediaman yang tidak tetap, ditinggalkan olih Ustaz untuk mengembangkan Silat Cekak di awal tahun 70-an di Kuala Lumpur.

Sebulan sekali Ustaz balik ke Alor Star Kedah dengan menaiki van surat khabar pada waktu malam di jalan Tunku Abd Rahman. Bayangkan semalaman Ustaz terbaring bersama bandel surat khabar selama hampir 10 jam waktu itu nak sampai menemui isteri dan anak yang dikasihi.
Apabila Silat Cekak mula berpusat di Jalan Haji Sirat Kg Baru Kuala lumpur barulah Mak Teh berpeluang datang menemui Ustaz di Kuala Lumpur. Begitulah bertahun berulang alik Alor Star ke Kuala lumpur. Waktu itu kerap bersama Fauziah anak bongsu beliau. Hinggalah bila silat mula berkembang di Kuala Lumpur Ustaz berkemampuan memiliki kereta Volkwagon Beatle mudah untuk berulang alik dan melawat kelas silat di cawangan.


Apapun kejayaan Ustaz Hanafi mengembangkan Silat Cekak selain dari sokongan pendukung yang setia banyak juga dibantu olih kegigihan Mak Teh sebagai saorang isteri yang setia sanggup susah yang amat sangat bersama dengan Ustaz seawal perkahwinan sahingga menempa kecemerlangan Silat Cekak.

Bingkisan mengingati perjuangan Mak Teh daripada Presiden Silat Cekak Hanafi.

Al-Fatihah.

 
You are here: Home

Pautan Sosial


 
Cari Kami di facebook.com/silatcekak

Alamat Perhubungan

Pejabat Urusan Cekak Hanafi,
No 3, Lorong Kiri 1,
Kampung Datuk Keramat,
54000 Kuala Lumpur. 
  • Tel: 
    03-4251 0651
  • Fax: 
    03-4266 5757
  • Email: 
    pej_urusan@cekakhanafi.com
  • Laman Web: 
    www.cekakhanafi.com