cekakhanafi.com - Laman Sesawang Rasmi Silat Cekak Hanafi

Lensa : Malay Martial Arts Seminar Inter-Terengganu 2013

E-mail Cetak PDF

Kuala Terengganu, 29 September 2013 -  Seminar Malay Martial Arts Seminar Inter-Terengganu yang julung kali diadakan dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor UniSZA, Y. Brs. Prof. Madya Dr Nik Wan Bin Omar.


Seminar berlangsung dengan 4 sesi pembentangan kertas kerja yang dibentangkan oleh dua orang pembentang dan dipengerusikan oleh seorang moderator bagi setiap sesi pembentangan. Empat kertas kerja tersebut ialah:
1. Kertas Kerja Pertama – Dunia Persilatan dan Moden: Peranan dan Cabaran. Dibentangkan oleh Dato’ Haji Nasir bin Md Arshad dan Encik Muhamad Khasmizan bin Abdullah
2. Kertas Kerja Kedua – Konsep dan Falsafah Silat Cekak Hanafi: Peranannya dalam Pembentukan Jati Diri Ahli Penuntut Silat. Dibentangkan oleh Tuan Haji Amruddin bin Haji Buang dan Tuan Haji Amrahi bin Haji Buang
3. Kertas Kerja Ketiga – Seni Pertahanan Diri Melayu: Peranannya Dalam Mencapai Maqasid Syariah. Dibentangkan oleh Ustaz Anas bin Mohd Yunos dan Encik Nor Azlan Shah bin Abdul Gaffoor
4. Kertas Kerja Keempat: – Seni Persilatan Melayu: Peranannya Dalam Pembangunan Intelektual Mahasiswa. Dibentangkan oleh Encik Muhammad Sulaiman bin Abdullah dan Encik Muhammad Ghufran bin Daud

 



Seramai 127 orang peserta yang terdiri daripada penuntut 5 buah IPT, sebuah sekolah dan orang awam yang hadir ke seminar tersebut. Kupasan tajuk-tajuk kertas kerja berkaitan dunia persilatan dibincangkan oleh para pembentang kertas kerja dari kalangan profesional akademik yang berautoriti. Hasil pembentangan keempat-empat kertas kerja ini berjaya menghasilkan satu resolusi iaitu Deklarasi Jaga Diri (Deklarasi JagaD) antaranya menggalakkan kajian-kajian ilmiah dan akademik berkenaan Seni Persilatan Melayu khususnya Silat Cekak Hanafi.

Secara keseluruhannya Malay Martial Arts Seminar Inter-Terengganu yang berlangsung berjalan dengan lancar. Terdapat pelbagai input-input yang bermanfaat yang harus diamalkan dan diikuti oleh setiap pelajar untuk membina harapan negara yang berwawasan dan berilmu pengetahuan. Sehubungan dengan itu, pelajar yang cemerlang dalam semua aspek bukan sahaja pintar dalam pengajian akademik bahkan turut giat dalam penglibatan kokurikulum yang membolehkan mahasiswa/i berinteraksi bersama masyarakat lain yang seterusnya melatih sikap kepimpinan dalam diri pelajar.

Deklarasi Jaga Diri (Deklarasi JagaD) UniSZA
1. Hasil perbincangan seminar ini mendapati bahawa, Silat Cekak Hanafi adalah bersesuaian dengan kehendak syarak dan maqasid syariah.
2. Meminta kepada setiap pihak kerajaan negeri di Malaysia, supaya dapat memantau pergerakan-pergerakan semua jenis Seni Persilatan Melayu agar tidak mengamalkan sebarang unsur-unsur tahyul dan khurafat.
3. Mewujudkan sebuah badan rasmi seni beladiri iaitu Majlis Seni Beladiri (MSB) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang dapat menggabungkan semua jenis persatuan seni beladiri yang berdaftar dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
4. Menjadikan persatuan-persatuan Seni Persilatan Melayu yang berdaftar dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), khususnya Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi (PSSCUH) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), sebagai sebuah kegiatan kokurikulum di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kerana Seni Persilatan Melayu ini terbukti boleh dikaji secara ilmiah dan akademik.
5. Menggalakkan mahasiswa dan mahasiswi di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), khususnya mahasiswa dan mahasiswi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mempelajari Seni Persilatan Melayu untuk melatih dan mendidik diri sebagai persediaan untuk menjadi pemimpin pada masa hadapan.
6. Menggalakkan mahasiswa dan mahasiswi di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam menghasilkan kajian-kajian ilmiah dan akademik berkenaan Seni Persilatan Melayu, khususnya Silat Cekak Hanafi.
7. Mewujudkan sebuah institusi penyelidikan kajian mengenai Seni Beladiri antara Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman sebagai tujuan untuk mengkaji, menyelaras, dan memartabatkan Seni Persilatan Melayu di Negeri Terengganu Darul Iman.

Terakhir dikemaskini ( Isnin, 14 Oktober 2013 10:00 )  
You are here: Home

Pautan Sosial


 
Cari Kami di facebook.com/silatcekak

Alamat Perhubungan

Pejabat Urusan Cekak Hanafi,
No 3, Lorong Kiri 1,
Kampung Datuk Keramat,
54000 Kuala Lumpur. 
  • Tel: 
    03-4251 0651
  • Fax: 
    03-4266 5757
  • Email: 
    pej_urusan@cekakhanafi.com
  • Laman Web: 
    www.cekakhanafi.com