cekakhanafi.com - Laman Sesawang Rasmi Silat Cekak Hanafi

Lensa : WWR & Ekspedisi Gua Tempurung 2013

E-mail Cetak PDF

Sungai Kampar, 15 September 2013 - Program White Water Rafting & Ekspedisi Gua Tempurung 2013 edisi ke 2 telah berlangsung dengan jayanya selama 2 hari.

Program tersebut yang berlangsung di Sungai Kampar dan Gua Tempurung disertai kira-kira 20 orang peserta yang terdiri daripada ahli Silat Cekak Hanafi.

 

"Program seperti ini mendekatkan lagi kita pada alam sekitar, di samping mendidik diri agar menghargai keindahan alam semulajadi," demikian menurut saudara Mat Hassan, salah seorang peserta program ini.

Program tersebut dianjurkan oleh JKT Sukan dan Rekreasi Silat Cekak Hanafi. Menurut Pengerusinya, Saudara Zulfadli Aizat, ahli Silat Cekak Hanafi bukan sahaja sentiasa aktif dalam program persilatan, bahkan turut berpeluang mengikuti aktiviti riadah yang sentiasa diaturkan dari semasa ke semasa bagi mengisi kalendar aktiviti, disamping dapat mengeratkan lagi hubungan sesama ahli.

Tahniah dan syabas kepada semua yang menjayakan Program White Water Rafting & Ekspedisi Gua Tempurung 2013.

Terakhir dikemaskini ( Selasa, 17 September 2013 13:56 )  
You are here: Home

Pautan Sosial


 
Cari Kami di facebook.com/silatcekak

Alamat Perhubungan

Pejabat Urusan Cekak Hanafi,
No 3, Lorong Kiri 1,
Kampung Datuk Keramat,
54000 Kuala Lumpur. 
  • Tel: 
    03-4251 0651
  • Fax: 
    03-4266 5757
  • Email: 
    pej_urusan@cekakhanafi.com
  • Laman Web: 
    www.cekakhanafi.com