cekakhanafi.com - Laman Sesawang Rasmi Silat Cekak Hanafi

LENSA : KEJOHANAN WAJADIRI NASIONAL SILAT CEKAK HANAFI PERINGKAT IPT & SEKOLAH 2013

E-mail Cetak PDF

Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi UNITEN dengan kerjasama Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (Silat Cekak Hanafi) telah berjaya menganjurkan Kejohanan Wajadiri Nasional Silat Cekak Hanafi Peringkat Ipt & Sekolah 2013 Kali Ke 16.

 

Kejohanan tersebut berlangsung di Dewan Sarjana UNITEN dan dirasmikan oleh Prof Madya Dr Izham bin Datuk Zainal Abidin, Dekan College of Graduates Studies UNITEN. Dalam ucapan perasmian, Dr Izham menyifatkan bahawa kegiatan silat adalah sesuai untuk jatidiri mahasiswa di peringkat pengajian tinggi dan para pelajar sekolah, selain mendidik diri untuk berdisplin. Dr Izham juga turut memuji langkah bijak oleh Silat Cekak Hanafi dalam menganjurkan kejohanan Wajadiri ini secara tahunan.

Lebih daripada 20 buah pasukan yang terdiri daripada Institusi pengajian tinggi, sekolah dan kelas latihan awam yang menyertai kejohanan pada tahun ini.
Juara keseluruhan peringkat sekolah bahagian wanita dimenangi oleh SMK Tasek Permai, Ampang, Juara keseluruhan peringkat sekolah bahagian lelaki dimenangi oleh SMK Taman Kosas, Ampang, Juara keseluruhan peringkat IPT bahagian wanita dimenangi oleh Universiti Teknologi Petronas, manakala Juara keseluruhan peringkat IPT bahagian lelaki dimenangi oleh Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur.

Dalam majlis itu juga, Negeri Terengganu telah diumumkan sebagai tuan rumah bagi Kejohanan Wajadiri Nasional Silat Cekak Hanafi Peringkat Ipt & Sekolah 2014 Kali Ke 17.

Terakhir dikemaskini ( Selasa, 09 Julai 2013 16:56 )  
You are here: Home

Pautan Sosial


 
Cari Kami di facebook.com/silatcekak

Alamat Perhubungan

Pejabat Urusan Cekak Hanafi,
No 3, Lorong Kiri 1,
Kampung Datuk Keramat,
54000 Kuala Lumpur. 
  • Tel: 
    03-4251 0651
  • Fax: 
    03-4266 5757
  • Email: 
    pej_urusan@cekakhanafi.com
  • Laman Web: 
    www.cekakhanafi.com