
Puncak Alam, 23 Disember 2012 - Karnival Mesra Kariah Surau At Taufiqiyyah, Bandar Puncak Alam yang berlangsung dengan meriahnya pada 22-23 Disember diserikan lagi dengan penerangan dan persembahan Silat Cekak Hanafi.

Kariah surau yang hadir begitu teruja dengan persembahan yang ditonjolkan dan mendapat tepukan gemuruh sebaik tamat persembahan. Jelas minat dan sokongan terhadap Silat Cekak Hanafi semakin mendapat tempat di Bandar Puncak Alam. Selain persembahan silat, karnival turut dimeriahkan dengan pertandingan futsal kanak-kanak, pameran kenderaan, pertandingan explorace dan juga pameran daripada agensi-agensi kerajaan.




